Saturday 13 July 2013

Sekitar Majlis Perkahwinan Lynda Roslan & Aizul Marcello 12052013 #aizulynda

As salam,
Hari ni baru berkesempatan nak tulis pasal majlis besar kawan kita sorang nih. Rasanya dah lebih 2 bulan majlis diorang nih. Majlis asal 05.05.2013 tapi terpaksa ditangguhkan ke 12.05.2013 atas arahan Perdana Menteri. Alhamdulillah majlis tu dapat berlangsung dengan jayanya giteww~. Tahniah buat pasangan Aizulynda semoga kekal sampai syurga & dapat baby kembar seperti yang diimpikan, in shaa Allah :) 

Dia punya excited jumpa artis!~ Aku sampai lambat ke majlis diorang ni. Target dalam jam 2pm dah boleh sampai tapi jam 3pm baru dapat salam tuan rumah & jumpa pengantin :). Takpelah, yang penting hajat tu dah sampai dan dapat la jumpa kawan-kawan lain.

So inilah muka-muka yang aku jarang jumpa so sekali jumpa kemain cerita~ dari hal kerja sampailah hal peribadi. Biasalah kan, dah lama tak jumpa.

---------------------------------------------

Kalau aku ingat balik pasal perkenalan diorang ni, memang aku akan senyum sorang-sorang. Tak sangka la kan, pandangan pertama kali dah boleh lekat sampai sekarang nih & seterusnya in shaa Allah. Ok cuba korang baca entri yang nih; 


Ada kaitan sikit-sikit dengan kisah cinta diorang. Tapi nape aku tengok gambar korang berdua tu macam gambar zaman budak lepas SPM. Muda sangat kbai~ haha. Sekarang Irine pun dah ada Medina, lepas ni kau pulak Aizul menyusul. Mungkin 'double Medina' kan..Sapa tau, rezeki Allah nak bagi. Eh kenapa lah aku asyik sebut pasal kembar jer nih~

---------------------------------------------






















Kelebihan datang lambat macam ni lah, boleh lepak-lepak dengan pengantin, tumpang pelamin & buat kecoh kat rumah pengantin. Seronok kalau sesekali dapat buat macam ni. Yang jadi mangsa, yang jadi 'bahan' adalah orang yang masih single macam aku ni haa~ kemain kena bahan dengan diorang semua.







Bersama ex-classmate Diploma di UiTM Perak merangkap Mr. Photographer majlis kawin #Aizulynda ni. Kalau korang nak tengok gambar cantik-cantik meh singgah sini: Photophenomgraphy Studio. Klik like tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

Hoi, minah flawless~ gambar ni bawak balik opis, penat kitorang tengok detail, langsung tak nampak bintik-bintik. HAHA

Bridesmaid yang cantik-cantik semuanya~ rasanya sorang jer yang dah kahwin dalam gambar ni :D ce teka haaaaa..

Siapa yang paling ikut tema? 

Gerak sekali dengan kembar dari Shah Alam.

Buat pertama kalinya drive kereta ke luar Johor & pertama kali kereta jalan jauh JB-Shah Alam. Alhamdulillah perjalanan lancar & selamat. Memandu di waktu pagi tak rasa mengantuk tapi kalau memandu di waktu petang & malam rasa mengantuk. Bahaya ye :) Nasib baik dari Seremban ke JB member yang tolong drive

Ok dah tu je aku mampu cakap time puasa macam ni. Untuk Aizul & Lynda semoga korang bahagia sampai syurga, murah rezeki dan dapat baby kembar, in sha Allah. Juga semoga perniagaan online anda makin maju, good luck!~ 

Nota;
- banyak kali datang wedding member datang lambat, ni yang jauh2 je la
- beli tshirt ikut tema, hijau turqoise katenyer
- pertama kali drive jauh dengan #bumbleBEE
- jumpa Ally Iskandar & Farah Lee tapi tak ambik gambar dengan dorang pun
- Azmi teman aku gerak dari JB, terima kasih
- tak sempat nk jumpa & sembang dengan kawan-kawan yang dah sampai awal, maaf



Friday 12 July 2013

Kenapa Rezeki Susah Masuk?

RINGKASAN Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?

- Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

- Banyak berbuat maksiat

- Tidak Bersyukur

- Riak Bila Bersedekah

- Kurang Beristighfar

- Gemar mengungkit pemberian

- Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik

- Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini

SUMBER: baitulmuslim.com




Thursday 11 July 2013

Ramadhan 1434H/2013M: Kenangan Iftar Bersama Mereka







As salam,
Ini kisah Iftar Ramadhan tahun lepas iaitu pertama kali menyambut Ramadhan di alam pekerjaan. Yang pertama berbuka bersama staf Tropics Design & PLABD di Pomegranate Garden Restaurant di Taman Universiti, Skudai; Restoran ni ala-ala Arab jugak la. Sedapp dan menarik tapi ada beberapa juadah yang lidah jawa aku ni tak boleh masuk HAHA


Segala daging panggan ni aku memang telan tapi daging kambing je aku kurang. Mungkin sebab aku bukan penggemar kambing. Ayam, kambing & lembu ada nih~ 

Bos-bos kami, semuanya tenaga pengajar di UTM, Fakulti Alam Bina. Ada orang kata FAB tu macam shopping complex sebab senibina bangunan baru tu :D haha

Makan berat dalam keadaan bersila macam ni kan, aku rase macam semput sikit HAHA. Banyak sangat melantak, bila dah kenyang abes tak boleh gerak. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan. 

Salad, sedap & masam. 

Next, ni sewaktu berbuka puasa dengan kawan-kawan yang majoritinya kawan-kawan bekas pelajar UiTM. Lokasi aku tak ingat nama tapi berdekatan dengan Dataran Bandaraya, masuk dalam sikit. Tahun ni tak tau lagi dapat buat macam ni lagi ke tak. Kalau ada rezeki, insyaallah nanti kita buat lagi ye :)




Wednesday 10 July 2013

Wordless Wednesday: Ultraman sentiasa ada di Malaysia~


Ramadhan 1434H/2013M: Bazar Ramadhan di pekan Parit Sulong, Batu Pahat

As salam,
Hari ni 1 Ramadhan dan kita semua dah mula berpuasa sebelum nak sambut raya bulan 8 nanti. Johor tengah cuti ni jadi dapatlah hari ni berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga di kampung. Lepas ni hujung minggu je la boleh rasa macam ni, hari bekerja layan masakan bazar untuk berbuka & roti cicah milo untuk sahur :D

Ok ni kisahnya aku nak kongsi dengan korang suasana bazar ramadhan di pekan Parit Sulong, my hometown. Setiap tahun mesti meriah dengan macam-macam benda persiapan uktuk berbuka, untuk raya semua ada. Jadi bila jalan utama yag menghubungkan Yong Peng-Muar tu sesak sepanjang beberapa kilometer, kitorang semua dah tak heran. Itu dah jadi kebiasaan.

Nasib baik lot-lot kedai kat sini tak mengadap jalan utama, jadi ia memberi lebih ruang untuk peniaga berniaga di kawasan dalam pekan bukan di tepi jalan utama yang rasanya bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk sepanjang Ramadhan sampailah Syawal.

Kalau nak dekat raya memang ada pegawai keselamatan yang jaga; RELA & PDRM. Terima kasih sebab berkhidmat untuk kami warga Pait Sulong :D. Nanti datang rumah saya ambik duit raya dengan bapak saya ye tuan~ 

Ayam percik ni pun kalau nak beli kena tunggu giliran, ramai yang nak beli. Kalau kat bandar-bandar besar nak cari ayam percik berharga RM1 susah & memang tak dapat tapi kat sini in shaa Allah ada :D Tapi harga tu sesuai la dengan saiz ayam seketul tu.





Ni jalan masuk utama ke kawasan pekan & waktu-waktu macam ni memang kenderaan tak boleh masuk kalau dah penuh gerai dengan orang ramai macam ni. Kalau 1 Ramadhan, ramai muka-muka KeyEll turun sini. Diorang balik kampung bercuti dan saje jalan-jalan cuci mata sambil beli apa yang patut. Seronok tengok :D

Ni dah dekat raya dan bila raya maka muncullah kanopi-kanopi yang tiba-tiba kekal kat situ. Maksudnya gerai tu ada kat situ sampailah raya, tak dialihkan pun & ini dah jadi kebiasaan dah. Aku kalau waktu macam ni bawak moto je la, kalau bawak kereta pun sangkut dalam kesesakan. Ada kang yang buka puasa kat tengah jalan. 

Setakat ni je nak kongsi dengan korang, apa pun petang ni aku nak turun bazar Ramadhan ni. Beli apa yang rase nak makan & perlu makan. Selamat berpuasa korang.


Tuesday 9 July 2013

Roost Juice+Bar, lokasi santai ala-ala vintage~ sila singgah

Sibuk berbincang pasal business, kemain korang~ hewhew
As salam,
Baru-baru ni berkesempatan lepak-lepak di Roost Cafe, Johor Bahru dengan #Retis #TaukeTudung #Blogger #UsahawanSuamiIsteri a.k.a geng 'crazy' HAHA. Mesti korang tertanya kat mana Roost Cafe ni? Ok lokasinya terletak di Jalan Dhobi bersebelahan dengan Pasar Karat dekat dengan kawasan yang jual barang bundle tu~ ok sila Google.


Aku suka style cafe ni, entrance macam suasana zaman Saloma P. Ramlee dulu. Nak kata kampung tak jugak tapi lebih mudah kata ala-ala vintage yang sempoi :) 

Makanan? sedap dan puas hati walaupun mahal tapi berbaloi la kan. Minum dalam baldi kecik der~ haha comel sungguh baldi tu. 

Pasangan yang sebelah kanan tu dah kahwin & pasangan yang sebelah kiri tu belum kawin tapi jap lagi kawin la tu. Yang tukang tangkap gambar ni jer belum ada rezeki, single lagi. Tapi bila jalan dengan diorang semua ni macam aku jalan-jalan sorang. Kemain lekat masing-masing :P

At least ada jugak aku dalam gambar ni. So korang kalau nak cuba minum kat sini, pergilah singgah. Kalau suka boleh singgah lagi tapi kalau tak suka try la makan steambot kat Dataran Bandaraya tu, best juga kan :D

Untuk Aizul & Lynda, aku doakan semoga perniagaan tudung korang makin maju dan juga makin murah rezeki, jap lagi dapat baby tu :) . Doa je la banyak-banyak. Ni yang couple lagi sorang ni, Anis ngn Syam tak lama lagi kan? ok, semoga semuanya berjalan lancar. #Giteww

Note:
- Aku dapat korek dah berapa wang hantaran kawin #Aizulynda
- Aku dah dapat sikit-sikit petua untuk orang yang dah kahwin
- Sorry Aizul, mee siput korang takde sambal kicap :P
- Aizul belanja kitorang, Thanks!
- Anis bakal shopping habis-habisan kat #HERbyLYNDAROSLAN
- Syam nak bukak studio, good luck!


Monday 8 July 2013

Nilai Seorang Perempuan Yang Bergelar Isteri


As salam,
Semalam dapat info ni dari Facebook dan nak kongsi dengan korang terutamanya bagi lelaki (macam aku) yang nak menikahi perempuan, bakal isteri anda~ Tak semudah ABC nak kahwin, banyak benda perlu disediakan. Yang kat atas tu di antaranya; ni baru mas kahwin yang ditetapkan mengikut negeri, belum nilai wang hantaran yang ditetapkan oleh ibu bapa pihak perempuan. *Tak semua


Saturday 6 July 2013

KEPUTUSAN: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1434H/ 2013 Kali Ke 55

As salam,
Sebentar tadi baru sahaja diumumkan pemenang bagi kategori Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1434H/ 2013 Kali Ke 55. Ini ringkasannya:

Bahagian Qari
Johan - Dasrizal Marah Nainin (Indonesia); 93.26%
Naib Johan - Muhammad Mashmoul (Iran); 92.38%
Ke 3 - Anuar Hasin (Malaysia); 89.55%
Ke 4 - Najmul Hasan (Bangladesh); 89.19%
Ke 5 - Youssef Marwan Ad-Deek (Lubnan); 87.63%
Ke 6 - Muhammad Al-Arabi Kastali (Maghribi); 86.91%
Ke 7 - Boughalab Ibrahim (Belgium); 86.71%
Ke 8 - Muhammad Hajee Musa (Thailand); 86.17%

Ni aku nak kongsi dengan korang video Anuar Hasin di awal kemunculan iaitu semasa Akademi Alquran. Jom layan~


Bahagian Qariah
Johan - Hajar Boussar (Maghribi); 91.27%
Naib Johan - Hanimzah Jalaluddin (Malaysia); 88.08%
Ke 3 - Natifah Manasiya (Thailand); 87.67%
Ke 4 - Dayang Hjh Maidah Hj Abd Rahman (Brunei); 86.46%
Ke 5 - Sumaiyah Ali Abdel Aziz (Mesir); 85.88%
Ke 6 - Faidah Daud (Indonesia); 85.56%
Ke 7 - Nur Adillah Mohamed Rihat (Singapura); 76.75%
Ke 8 - Suhana Maryam Ageel (Maldives); 76.55%

"The books, The Guide(s) of Muslimin and Muslimat", layan lagu tema 
tilawah Al-Quran.


Tahniah buat semua pemenang. Sekarang bukan peserta dari Asia Tenggara sahaja yang menguasai top 5 tapi dah dari seluruh dunia. Mereka datang sini bukan hanya untuk bertanding tapi mereka bersama-sama belajar mempertingkatkan & memperbaiki skill bacaan yang dianjurkan oleh JAKIM. Terima kasih JAKIM sebab buat semua ni untuk para peserta, sekurang-kurangnya takde la ramai peserta yang buat kesilapan yang ketara yang boleh memcacatkan bacaan. TAHNIAH~


Tuesday 2 July 2013

Inilah Kuala Lumpur, Saya Sayang Malaysia!

As salam,
Baru-baru ni sebelum jerebu melanda bandaraya Kuala Lumpur, aku berpeluang turun ke KL atas urusan kerja. Walaupun sehari sahaja tapi sempatlah jugak cuci mata sebab dah lama sangat tak turun KL :D *tu la suruh keje kat KL tak nak HAHA.

Lokasi yang dituju adalah Megan Avenue di Jalan Ampang. Tapi disebabkan temujanji tu petang jam 3pm dan aku sampai KLCC jam 12.00 tengahari, so melilau la kejap kat Suria KLCC walaupun tak mampu nak beli apa-apa then keluar cuci mata kat kolam air pancut tu terus ke Taman KLCC. Macam biasa, Malaysia is so hot!~ . Ambil beberapa keping foto kemudian lepak sampai Zohor di Masjid Assyakirin. 


Teringat pertama kali menjejakkan kaki ke KLCC masa zaman sekolah dulu, tak ingat tarikh dan waktu. Masa tu pergi ke Petrosains dan memang wow! Petrosains memang best. Dapat naik helikopter dalam waktu hujan. Dahsyat bukan main HAHA tapi tu kenangan lama, cuma sekarang belum masuk lagi Aquaria KLCC tu. Bilalah agaknya dapat masuk :D


Kawasan ni kalau nak lagi best, dapat rasa angin sepoi-sepoi. Mesti rasa rileks & tenang jer walaupun berada di tengah-tengah kota raya. Sebenarnya cuaca waktu tu agak baik & tidak terlalu panas tapi lama-lama rasa jugak bahang panas tu.

Sedang membayangkan Central Park, USA walaupun hanya berada di Kuala Lumpur. Tapi kalau sekali imbas, pemandangan Taman KLCC ni hampir menyamai Central Park, USA. Sebuah kawasan hijau di tengah kota yang dikelilingi bangunan pencakar langit. Inilah Malaysia, semua yang ada kat dunia ni ada di dalam Malaysia kita. *Pengaruh iklan TV

KLCC, bangunan pencakar langit paling popular di Malaysia & landmark paling mudah bagi semua orang. Ada orang panggil jagung, ada yang panggil menara berkembar, ada yang panggil twin tower & paling senang orang sebut KLCC. Tapi jangan confuse dengan Kuala Lumpur Convention Centre ye, tu KLCC juga. 



Sekarang dha makin banyak bangunan baru di sekeliling Taman KLCC ni. Kalau korang nak menikmati dan menghayati sebahagian landskap Kuala Lumpur, duduklah di Taman KLCC sambil tengok keliling korang sambil berfikir macam mana la agaknya kehidupan orang kota ni ek? Dalam kepala aku, mahalnya nilai hartanah kat sini, beruntunglah pemaju yang buat pembangunan kat sini. Cepat kaya, alhamdulillah rezeki masing-masing. 

Nah, video ringkas Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia

Nota:
1) Pertama kali naik kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke KLIA
2) Pertama kali naik MAS *murah pulak~
2) Pertama kali naik KLIA Express ke KL Sentral
3) Pertama kali naik LRT sorang-sorang ke KLCC

SEKIAN TERIMA KASIH


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...