Tuesday, 2 July 2013

Inilah Kuala Lumpur, Saya Sayang Malaysia!

As salam,
Baru-baru ni sebelum jerebu melanda bandaraya Kuala Lumpur, aku berpeluang turun ke KL atas urusan kerja. Walaupun sehari sahaja tapi sempatlah jugak cuci mata sebab dah lama sangat tak turun KL :D *tu la suruh keje kat KL tak nak HAHA.

Lokasi yang dituju adalah Megan Avenue di Jalan Ampang. Tapi disebabkan temujanji tu petang jam 3pm dan aku sampai KLCC jam 12.00 tengahari, so melilau la kejap kat Suria KLCC walaupun tak mampu nak beli apa-apa then keluar cuci mata kat kolam air pancut tu terus ke Taman KLCC. Macam biasa, Malaysia is so hot!~ . Ambil beberapa keping foto kemudian lepak sampai Zohor di Masjid Assyakirin. 


Teringat pertama kali menjejakkan kaki ke KLCC masa zaman sekolah dulu, tak ingat tarikh dan waktu. Masa tu pergi ke Petrosains dan memang wow! Petrosains memang best. Dapat naik helikopter dalam waktu hujan. Dahsyat bukan main HAHA tapi tu kenangan lama, cuma sekarang belum masuk lagi Aquaria KLCC tu. Bilalah agaknya dapat masuk :D


Kawasan ni kalau nak lagi best, dapat rasa angin sepoi-sepoi. Mesti rasa rileks & tenang jer walaupun berada di tengah-tengah kota raya. Sebenarnya cuaca waktu tu agak baik & tidak terlalu panas tapi lama-lama rasa jugak bahang panas tu.

Sedang membayangkan Central Park, USA walaupun hanya berada di Kuala Lumpur. Tapi kalau sekali imbas, pemandangan Taman KLCC ni hampir menyamai Central Park, USA. Sebuah kawasan hijau di tengah kota yang dikelilingi bangunan pencakar langit. Inilah Malaysia, semua yang ada kat dunia ni ada di dalam Malaysia kita. *Pengaruh iklan TV

KLCC, bangunan pencakar langit paling popular di Malaysia & landmark paling mudah bagi semua orang. Ada orang panggil jagung, ada yang panggil menara berkembar, ada yang panggil twin tower & paling senang orang sebut KLCC. Tapi jangan confuse dengan Kuala Lumpur Convention Centre ye, tu KLCC juga. 



Sekarang dha makin banyak bangunan baru di sekeliling Taman KLCC ni. Kalau korang nak menikmati dan menghayati sebahagian landskap Kuala Lumpur, duduklah di Taman KLCC sambil tengok keliling korang sambil berfikir macam mana la agaknya kehidupan orang kota ni ek? Dalam kepala aku, mahalnya nilai hartanah kat sini, beruntunglah pemaju yang buat pembangunan kat sini. Cepat kaya, alhamdulillah rezeki masing-masing. 

Nah, video ringkas Bandaraya Kuala Lumpur, Malaysia

Nota:
1) Pertama kali naik kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke KLIA
2) Pertama kali naik MAS *murah pulak~
2) Pertama kali naik KLIA Express ke KL Sentral
3) Pertama kali naik LRT sorang-sorang ke KLCC

SEKIAN TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...