Tuesday, 9 July 2013

Roost Juice+Bar, lokasi santai ala-ala vintage~ sila singgah

Sibuk berbincang pasal business, kemain korang~ hewhew
As salam,
Baru-baru ni berkesempatan lepak-lepak di Roost Cafe, Johor Bahru dengan #Retis #TaukeTudung #Blogger #UsahawanSuamiIsteri a.k.a geng 'crazy' HAHA. Mesti korang tertanya kat mana Roost Cafe ni? Ok lokasinya terletak di Jalan Dhobi bersebelahan dengan Pasar Karat dekat dengan kawasan yang jual barang bundle tu~ ok sila Google.


Aku suka style cafe ni, entrance macam suasana zaman Saloma P. Ramlee dulu. Nak kata kampung tak jugak tapi lebih mudah kata ala-ala vintage yang sempoi :) 

Makanan? sedap dan puas hati walaupun mahal tapi berbaloi la kan. Minum dalam baldi kecik der~ haha comel sungguh baldi tu. 

Pasangan yang sebelah kanan tu dah kahwin & pasangan yang sebelah kiri tu belum kawin tapi jap lagi kawin la tu. Yang tukang tangkap gambar ni jer belum ada rezeki, single lagi. Tapi bila jalan dengan diorang semua ni macam aku jalan-jalan sorang. Kemain lekat masing-masing :P

At least ada jugak aku dalam gambar ni. So korang kalau nak cuba minum kat sini, pergilah singgah. Kalau suka boleh singgah lagi tapi kalau tak suka try la makan steambot kat Dataran Bandaraya tu, best juga kan :D

Untuk Aizul & Lynda, aku doakan semoga perniagaan tudung korang makin maju dan juga makin murah rezeki, jap lagi dapat baby tu :) . Doa je la banyak-banyak. Ni yang couple lagi sorang ni, Anis ngn Syam tak lama lagi kan? ok, semoga semuanya berjalan lancar. #Giteww

Note:
- Aku dapat korek dah berapa wang hantaran kawin #Aizulynda
- Aku dah dapat sikit-sikit petua untuk orang yang dah kahwin
- Sorry Aizul, mee siput korang takde sambal kicap :P
- Aizul belanja kitorang, Thanks!
- Anis bakal shopping habis-habisan kat #HERbyLYNDAROSLAN
- Syam nak bukak studio, good luck!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...