Sunday 15 February 2015

FOTO Majlis Resepsi Yana Samsudin & Fadzil Zahari #YSFZwedding

Malam tadi 14 Febuari 2015 telah berlangsungnya majlis resepsi YSFZwedding di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor. Aku bukan peminat fanatik Yana tapi aku follow perkembangan Yana & suka tengok lakonan Yana lebih-lebih lagi kalau filem aksi. Aku nak kongsi dengan korang sekitar foto majlis malam tadi.

Sumber Foto: Instagram @yanasamsudin
Photo by: @project2pi
Video by: @cstproduction
Dress by: @ZeryZamry


TAHNIAH Yana & Fadzil. Semoga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Syurga ~ inshaalllah. Semoga dimurahka rezeki.

T E R I M A    K A S I H

Sunday 1 February 2015

Piala Sumbangsih 2015: Luahan Hati Tengku Puan Pahang

Semalam JDT baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Piala Sumbangsih 2015 dan macam biasalah bila dah lepas game ada macam-macam orang kata pasal itu ini. Dan sesuatu yang menarik perhatian aku di laman instagram adalah luahan seorang kerabat diraja yang kecewa dengan insiden yang berlaku di dalam stadium. Tengok kat bawah ni: 

Beliau yang dimaksudkan adalah, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu isteri kepada Tunku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Tunku Azizah ni dari kerabat diraja Johor dan berkahwin dengan kerabat diraja Pahang. 

Aku tak nak komen lebih, cuma aku pun kecewa juga dengan apa yang penyokong Johor buat ni. Tapi dalam masa yang sama, aku fikir balik apa yang FAM dah buat sebelum ni, kebanyakan keputusan yang mereka buat banyak yang berat sebelah; korang boleh fikir sendirilah .

Aku ingat lagi masa tu tengah drive kat highway, kebetulan Sinar FM time tu tengah Buletin Sinar so ada lah cerita pasal bola berkenaan dengan isu Gary tu yang jadi rebutan. JDT didenda RM100 000, Gary digantung tugas manakala Pahang diberi amaran. Masa tu aku fikir kenapa keputusan macam ni ek? tu je la ~ 

 Ni sebahagian mereka yang memberi pendapat, anda bagaimana? Ok tu jer..

TERIMA KASIH 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...