Thursday 17 October 2013

AIDILADHA 2013 | Video Rekabentuk Masjidil Haram Pada Tahun 2020

As salam..
Hari ni nak kongsi dengan korang mengenai pembangunan rekabentuk MasjidilHaram pada tahun 2020 nanti, insyaalllah. Kita tak tahu sama ada rekabentuk ini akan direalisasikan sebiji macam video kat bawah ni sebab sekarang ni baru dalam peringkat rekabentuk cadangan. Macam-macam boleh terjadi atas faktor kos terutamanya. Jom layan video kat bawah ni:


Jadi apa korang nak kata lepas tengok video ni? Aku bersetuju tapi kalau boleh janganlah kita musnahkan lokasi-lokasi bersejarah yang berada di sekitar masjid; sebelum ni aku ada dengar tentang kewujudan lokasi bersejarah para Nabi kita di situ cuma aku belum dapat pastikan lagi. 



Wednesday 16 October 2013

AIDILADHA 2013 | Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan ibadah korban

Assalamualaikum...
Aidiladha tahun ni, 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 H adalah antara aidiladha yang terbaik kerana tahun ni alhamdulillah syarikat tempat kerja aku beri bonus dalam bentuk korban yang mana nama kami semua dimasukkan dalam senarai peserta korban di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai. Rasa teruja tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab pertama kali beraya di perantauan. Selalunya raya mesti dah kat kampung halaman yang tak berapa nak jauh tu (1jam setengah jugak ok!).

Aku punya kumpulan dengan bos besar~ ternyata dia beliau bukan hanya seorang bos tapi beliau & anak-anak sanggup turun padang sama-sama bergotong-royong melapah & memotong daging lembu sampailah habis. Cuma kami tak dapat nak makan sup ekor yang kakak-kakak/makcik-makcik masjid buat tu, lagipun mereka jemput orang yang rewang jer. *eh, kitorang pun rewang apa hahaha :D :D

Lembu aku yang depan sekali ni warna light brown, apa yang buat aku sedikit bertanya dalam hati 'kenapa lembu-lembu kat sini kecik?dah cukup umur atau belum?', itu hanyalah persoalan aku jer tapi aku yakin pihak urusetia mesti dah pilih lembu yang terbaik untuk kami semua peserta. Tahun ni alhamdulillah kalau tak silap 147 orang peserta dengan 20 ekor lembu & 7 ekor biri-biri. Sebelum zohor semua dah siap.




Susah betul nak tumbangkan lembu no 6 ni, tak padan dengan saiz yang kecik. Kalau besar logik la jugak. Namun dengan kuasa orang ramai, tumbang juga & berjaya dah kena sembelih. Yang aku tak puas hati tadi ada la sorang hamba Allah ni yang pegi pusingkan kepala lembu ni ke atas sebab degil tak nak tumbang tapi agak-agak la ye pun janganlah seksa binatang sampai macam tu. 


Ni gambar bos aku tengah sembelih lembu tu. Aku tak tau yang pisau/parang dia tu tajam tahap ape entah sebab 2 kali sapppp!~ terus dah terpancut darah tu, cukup dah syarat sah sembelihan korban. Seriau pulak aku tengok pisau dia.

Teknik penyembelihan kat sini sangat simple, berbeza dengan di kampung. Maksud aku kat sini tak perlu susah sangat nak tumbangkan lembu. Kitorang hanya perlu pastikan kaki belakang dah terikat dan tali di leher cukup tegang dan kemudian dah boleh terus sembelih macam tu jer. Sangat berbeza dengan teknik di kampung. Kalau kat kampung kami perlu ikat kaki belakang dan hadapan sekali dan kemudian perlu dimasukkan kayu panjang di celah kaki tersebut supaya masa tengah sembelih nanti takde la lembu tiba-tiba bangun. Dan kami perlu kerjasama dari semua orang untuk pijak kayu tu ok!~ yang pegang kepala lembu pun ada, daun pisang lagi nak elak darah terpercik jauh dan siap batang pisang lagi sebagai bantal. 



Haaa macam ni lah rupanya lembu yang nak dikorbankan di kampung aku. Nampak tak sangat berbeza di situ; siap ada bantal, lubang dan kayu tu serta besi yang kat kepala lembu tu. Aku rasa mungkin ada faktor yang mempengaruhi contohnya: saiz lembu, bilangan lembu & faktor masa. Mungkin...


Dah siap sembelih tapi masih berdiri teguh kat situ, aku rasa dekat 10 minit lembu tu masih berdiri. Entah urat mana yang masih bersambung haha tapi lepas tu elok je dia duduk sendiri, pun lama jugak. Tengah melapah lembu teengok-tengok dah mati sendiri. 

Sebagai sebahagian daripada komuniti, kena join la sesi melapah sampailah pengagihan daging korban. Tapi orang macam aku yang tak banyak pengalaman ni buat sikit-sikit jer mana yang senang. Yang bahagian dalaman tu bagi kat otai hehe..


Cuma aku salah pakai baju jer, cantik sangat baju tu. Lepas ni pakai buruk-buruk jer haha ni sebab nak balik kampung terus. *alasan

Jarak lembu yang dekat biasanya menyebabkan lembu-lembu lain berasa takut. Bia tengok kawan sebelah kena sembelih, dia pun dah rasa nak kena jugak. Itu orang kata la.


Leader dapat ekor, buat sup!


Baldi adalah bekas paling sesuai untuk masukkan daging para peserta korban. Setiap ekor lembu perlu ada 7 baldi, 7 orang peserta. Setiap orang dapat 4kilo daging beserta organ dalaman dan tulang selangka, alhamdulillah..


Ada rezeki dapatlah kaki, boleh buat sup tulang

Siap je bahagian kitorang bertujuh ni terus balik, aku perlu bawa balik kampung sebab kalau kat JB memang tak tau la nak buat apa dengan daging nih. Kalau bawak balik kampung macam-macam boleh buat, rumah sedara banyak. 


Inilah pengalaman pertama aku menyambut Aidiladha bersama company dan juga di perantauan. Terima kasih sebab memberi peluang kepada kami untuk merasai suasana macam ni di bandar & semoga syarikat kita dilimpahi rezeki, insyaallah. Malam raya tu sedih tapi buat-buat biasa jer hahaha :P Tahun depan nak beraya kat kampung lah, suasananya berbeza. Paham la kan.




Wordless Wednesday: Atok-atok aku di korban lembu di Aidiladha




Tuesday 15 October 2013

AIDILADHA 2013 | Salam Aidiladha dari perantauan katanya!~

As salam...
Salam aidiladha untuk korang semua. Ini adalah aidiladha yang buat pertama kalinya aku sambut di tempat orang. Macam beraya di perantauan la senang cakap. Tapi nasib baik Raya Haji jer bukan Raya Puasa. Kalau raya puasa mau tak sedih beraya kat bandar. 

Tahun ni alhamdulillah syarikat bagi bonus raya tapi bukan dalam bentuk tunai. Mereka bagi dalam bentuk korban dan sebab itulah aku tak dapat nak beraya di kampung. Memandangkan nama aku termasuk dalam senarai korban di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana, JB aku pun kenalah kerja di sini, bertugas membantu masyarakat sekeliling sini buat korban.

Kiranya ini adalah salah satu pengorbanan aku dengan tak balik raya ke kampung. Tapi lepas solat & habis jer uruskan daging korban tu aku balik & kalau tak penat join pulak korban kat kampung. Tahun ni makcik-makcik aku sebelah rumah buat korban maaflah tak dapat nak join korang kat kampung. 


Monday 14 October 2013

SERONOK KAHWIN: Selamat Pengantin Baru Hazirah & Hazwan

Hampir terlepas pandang!~ itulah yang berlaku semalam.
13|10|2013 dah selamat berlangsungnya majlis perkahwinan kawan sekolah aku, Hazirah Razak dengan suami pilihan Hazwan. Cikgu Razak (Bapak pengantin perempuan) ni mengajar aku termasuk anak dia sendiri ni subjek Fizik dari Tingkatan 4 sampailah SPM di SMK Penghulu Saad. Si bapak ni pulak dapat menantu cikgu, mengajar di Sarawak. gitulah..

Alhamdulillah dah selamat nikah~

Hampir 2 jam bertapa kat bawah khemah (normal bagi wedding kawan-kawan) sambil sembang dengan kawan-kawan yang hanya dapat jumpa dalam waktu-waktu macam ni. Tau2 dah ada isi, dah nak bersalin & dah makin sihat. Yang dah ada anak 1 dah nak masuk 2 & macam tu lah seterusnya~ Yang kekal single macam aku ni memang korang akan jumpa aku macam ni setakat ni haha

Oh ini sungguh terharu!~ thanks Ajie! aku doakan semoga kau dan suami berbahagia sampailah ke Syurga dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Sekarang ni sorang kat Sarawak, sorang kat Klang. Lepas ni korang duduklah kat Batu Pahat, kan dekat dengan kampung masing-masing kan :D Orang kata rahsia nak lekat kenalah duduk dekat-dekat. Tu je nak cakap.


Monday 7 October 2013

AL-FATIHAH: PEMERGIAN ADIK ADAM FARISH DIRATAPI PENYOKONG JDT


SABTU 05/10/2013; Adik Muhammad Adam Farish B Muhammad Al Hafiz disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tepat jam 4:16 pagi akibat komplikasi serangan jantung.

Adik Muhammad Adam Farish merupakan anak tunggal kepada penjaga gol utama JDT, Muhammad Al Hafiz. Beliau disahkan mengalami penyakit paru-paru tidak matang.

Muhammad Al Hafiz yang dijadualkan beraksi bersama JDT menentang Kelantan untuk perlawanan suku akhir kedua di Kelantan terpaksa diterbangkan pulang ke Johor Bahru setelah tiba di sana pagi semalam. Beliau tiba di rumah ibu angkat beliau di Jalan Sekolah, Kg Bakar Batu sekitar jam 12:30 akibat kelewatan jadual penerbangan.


Jenazah adik Muhammad Adam Farish ditempatkan sementara di rumah Puan Norhazila Mohd Yusof di Jalan Sekolah, Kg Bakar Batu sebelum dibawa pulang ke Jitra untuk dikebumikan.



Puluhan penyokong JDT beserta pihak pengurusan PBNJ dan Johor Fan Club turut hadir menziarahi.

Takziah buat seisi keluarga Muhammad Al Hafiz

Credit Photo & Article to: https://www.facebook.com/Kesultanan.Johor



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...