Wednesday 16 October 2013

AIDILADHA 2013 | Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan ibadah korban

Assalamualaikum...
Aidiladha tahun ni, 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 H adalah antara aidiladha yang terbaik kerana tahun ni alhamdulillah syarikat tempat kerja aku beri bonus dalam bentuk korban yang mana nama kami semua dimasukkan dalam senarai peserta korban di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai. Rasa teruja tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab pertama kali beraya di perantauan. Selalunya raya mesti dah kat kampung halaman yang tak berapa nak jauh tu (1jam setengah jugak ok!).

Aku punya kumpulan dengan bos besar~ ternyata dia beliau bukan hanya seorang bos tapi beliau & anak-anak sanggup turun padang sama-sama bergotong-royong melapah & memotong daging lembu sampailah habis. Cuma kami tak dapat nak makan sup ekor yang kakak-kakak/makcik-makcik masjid buat tu, lagipun mereka jemput orang yang rewang jer. *eh, kitorang pun rewang apa hahaha :D :D

Lembu aku yang depan sekali ni warna light brown, apa yang buat aku sedikit bertanya dalam hati 'kenapa lembu-lembu kat sini kecik?dah cukup umur atau belum?', itu hanyalah persoalan aku jer tapi aku yakin pihak urusetia mesti dah pilih lembu yang terbaik untuk kami semua peserta. Tahun ni alhamdulillah kalau tak silap 147 orang peserta dengan 20 ekor lembu & 7 ekor biri-biri. Sebelum zohor semua dah siap.




Susah betul nak tumbangkan lembu no 6 ni, tak padan dengan saiz yang kecik. Kalau besar logik la jugak. Namun dengan kuasa orang ramai, tumbang juga & berjaya dah kena sembelih. Yang aku tak puas hati tadi ada la sorang hamba Allah ni yang pegi pusingkan kepala lembu ni ke atas sebab degil tak nak tumbang tapi agak-agak la ye pun janganlah seksa binatang sampai macam tu. 


Ni gambar bos aku tengah sembelih lembu tu. Aku tak tau yang pisau/parang dia tu tajam tahap ape entah sebab 2 kali sapppp!~ terus dah terpancut darah tu, cukup dah syarat sah sembelihan korban. Seriau pulak aku tengok pisau dia.

Teknik penyembelihan kat sini sangat simple, berbeza dengan di kampung. Maksud aku kat sini tak perlu susah sangat nak tumbangkan lembu. Kitorang hanya perlu pastikan kaki belakang dah terikat dan tali di leher cukup tegang dan kemudian dah boleh terus sembelih macam tu jer. Sangat berbeza dengan teknik di kampung. Kalau kat kampung kami perlu ikat kaki belakang dan hadapan sekali dan kemudian perlu dimasukkan kayu panjang di celah kaki tersebut supaya masa tengah sembelih nanti takde la lembu tiba-tiba bangun. Dan kami perlu kerjasama dari semua orang untuk pijak kayu tu ok!~ yang pegang kepala lembu pun ada, daun pisang lagi nak elak darah terpercik jauh dan siap batang pisang lagi sebagai bantal. 



Haaa macam ni lah rupanya lembu yang nak dikorbankan di kampung aku. Nampak tak sangat berbeza di situ; siap ada bantal, lubang dan kayu tu serta besi yang kat kepala lembu tu. Aku rasa mungkin ada faktor yang mempengaruhi contohnya: saiz lembu, bilangan lembu & faktor masa. Mungkin...


Dah siap sembelih tapi masih berdiri teguh kat situ, aku rasa dekat 10 minit lembu tu masih berdiri. Entah urat mana yang masih bersambung haha tapi lepas tu elok je dia duduk sendiri, pun lama jugak. Tengah melapah lembu teengok-tengok dah mati sendiri. 

Sebagai sebahagian daripada komuniti, kena join la sesi melapah sampailah pengagihan daging korban. Tapi orang macam aku yang tak banyak pengalaman ni buat sikit-sikit jer mana yang senang. Yang bahagian dalaman tu bagi kat otai hehe..


Cuma aku salah pakai baju jer, cantik sangat baju tu. Lepas ni pakai buruk-buruk jer haha ni sebab nak balik kampung terus. *alasan

Jarak lembu yang dekat biasanya menyebabkan lembu-lembu lain berasa takut. Bia tengok kawan sebelah kena sembelih, dia pun dah rasa nak kena jugak. Itu orang kata la.


Leader dapat ekor, buat sup!


Baldi adalah bekas paling sesuai untuk masukkan daging para peserta korban. Setiap ekor lembu perlu ada 7 baldi, 7 orang peserta. Setiap orang dapat 4kilo daging beserta organ dalaman dan tulang selangka, alhamdulillah..


Ada rezeki dapatlah kaki, boleh buat sup tulang

Siap je bahagian kitorang bertujuh ni terus balik, aku perlu bawa balik kampung sebab kalau kat JB memang tak tau la nak buat apa dengan daging nih. Kalau bawak balik kampung macam-macam boleh buat, rumah sedara banyak. 


Inilah pengalaman pertama aku menyambut Aidiladha bersama company dan juga di perantauan. Terima kasih sebab memberi peluang kepada kami untuk merasai suasana macam ni di bandar & semoga syarikat kita dilimpahi rezeki, insyaallah. Malam raya tu sedih tapi buat-buat biasa jer hahaha :P Tahun depan nak beraya kat kampung lah, suasananya berbeza. Paham la kan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...