Saturday 31 August 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT: Salam Kemerdekaan Malaysia ke 56

Assalamualaikum,
31 Ogos 2013 genaplah 56 tahun Malaysia bebas dari penjajah dan kini kita dah semakin mengecapi kemajuan, di mana kehidupan yang kita nikmati sekarang adalah lebih baik dari zaman dahulu, alhamdulillah. Aku bersyukur sebab dikurniakan bumi Malaysia yang subur, mempunyai pelbagai sumber yang mencetuskan kegiatan ekonomi. Dan dari kegiatan ekonomi itu sendiri, kita boleh hasilkan produk yang memberikan kita pulangan (wang) yang banyak untuk kita meneruskan hidup. 

Haaa..kan dah skema ayat tu, tapi macam tu la kan. Dah nama pun negara merdeka jadi kenalah guna sumber yang sedia ada untuk memajukan negara. Kalau negara tak ada duit, macam mana nak maju & kalau tak ada duit jugak macam mana kita nak bangunkan Malaysia dari macam-macam aspek. Semoga dengan kepimpinan yang sedia ada sekarang ni, Malaysia akan jadi lebih baik inshaa Allah. 


"Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil."


Persebahan penuh semangat dari PDRM, tahniah!


Pagi tadi berpeluang menonton perarakan Sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka secara langsung di TV1 dan salah satu persembahan yang buat aku sebak adalah dari pasukan PDRM; persembahan ala-ala army aku tak ingat namanya tapi serius sangan menyentuh perasaan lagi-lagi bila melihat balu-balu anggota polis yang terkorban semasa pencerobohan di Lahad Datu berdiri di hadapan pasukan PDRM ini. Tuanku Permaisuri pun turut menitiskan air mata. Kat sini aku nak cakap TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA kepada anggota PDRM & ATM yang pada waktu itu melawan penceroboh! semoga kalian terus bersemangat mempertahankan Malaysia.

Nah, korang layan lagu tema merdeka tahun ni, susunan muzik & lirik yang sangat patriotik. Rasa teruja/berdebar bila dengar lagu ni.



MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU




Tuesday 27 August 2013

MYraya 2013 | Sepuluh Jari Aidilfitri oleh Forteen

Assalamualaikum,
Raya tahun ni aku rasa ada beberapa lagu raya baru yang menarik dan sedap didengar. Antaranya ni lah, 10 Jari yang dinyanyikan oleh Kumpulan Forteen, ala-ala K-Pop tapi sebenarnya diorang bukan dipengaruhi oleh K-Pop sangat pun. Cuma kemunculan diorang tu sewaktu K-Pop tengah naik :D Jum layan video klip lagu mereka nih: 



Seriusly, aku dengar lagu ni tanpa tengok video klip diorang, aku dah rasa meriahnya raya. Rasa macam nak balik kampung sekarang HAHA~ tapi dia punya susunan muzik, alatan muzik yang digunakan dan juga lirik yang ala-ala zaman dulu punya lagu memang best!~ tahniah Forteen. Meh layan lirik lagu ni:

Sepuluh Jari Aidilfitri

Sibuknya orang membakar lemang
Mengatur persiapan syawal tiba
Tak sabar rasanya mahu pulang 
ke kampung untuk Hari raya

Bertemu keluarga yang tercinta
Setelah setahun tak berjumpa
Terima pemberian dari hati
10 Jari Aidilfitri

Korus
Ohh syukur padaNya kita berjumpa
Ohh sekali lagi di Syawal ini
Bersama sanak saudara
Menikmati Hari Raya

Jamulah beraneka hidangan
Bermesra dan saling bermaafan
Terima pemberian dari hati
10 Jari Aidilfitri

Hari Raya hari mulia
Terimalah sepuluh jari Aidilfitri

Korus
Ohh syukur padaNya kita berjumpa
Ohh sekali lagi di Syawal ini
Bersama sanak saudara
Menikmati Hari Raya

Jamulah beraneka hidangan
Bermesra dan saling bermaafan
Terima pemberian dari hati
10 Jari Aidilfitri 2x




Monday 26 August 2013

MYraya 2013 | Kad Raya dari mereka yang sangat istimewa


Terima kasih atas kad raya yang awesome (dari kiri), Blogger hebat Safial Eqbal Zakaria, kad raya dari Menteri Besar Johor; Datuk Khaled Nordin dan dari Arkitek Landskap; Ahmad Azlan Mohd Miswan
Assalamualaikum,
Korang rasa kad raya ni dah tak relevan ke zaman sekarang nih? aku rasa macam sakit hati bila ada seseorang cakap yang kad raya dah tak musim la zaman sekarang ni. Zaman tak ada laman sosial dulu best la, tu kata orang tu. Tapi bagi aku lagi kad raya masih lagi digunakan lagi sampai sekarang, nak kata tak relevan ada sahaja yang jula kad raya tu kat luar aku tengok. Yang menyebabkan tak relevan u adalah diri masing-masing, kebanyakan orang kita ni dah tanam awal-awal sifat malas nak menguruskan kad raya ni (beli, tulis, beli setem tampal kemudian pos). 

Ada orang kata kad raya yang dipos adalah lebih istimewa daripada e-kad raya yang ditag di FB dan kebanyakan laman sosial. Sebab, kalau kad raya tu, kita beli, tulis dan tampal setem kemudian poskan. Nampak tak banyak kerja amal yang kita buat (ada orang kata susah nak buat macam ni sekarang). Berbanding dengan e-kad raya, senang je tag kepada semua orang, sangat senang :D tapi ikhlas ke? ini ada seseorang yang berkata macam ni, fikirkanlah.

Tahun ni alhamdulillah dapatlah juga kad raya dari kenalan yang semuanya kenal melalui Facebook tapi semuanya ok jer. Walaupun cuma dapat 3 keping, tapi sekurang-kurangnya ada juga orang yang mengingati. Meh tengok bawah ni:

Kad raya dari My Favourite Blogger, pemilik eqbalzack.com. Kad raya paling awal sampai. Terima kasih abg Eq :D


Kad raya ni khas dari Menteri Besar Johor yang baru, Datuk Khaled Nordin (*eh nape kat dalam kad ni takde tulis 'Datuk'). Yang istimewanya kad raya ni aku dapat sekali sampul duit raya, alhamdulillah rezeki :D sekarang tak guna lagi sampul duit raya tu sebab sayang nak pakai HAHA


Ni yang terakhir dari rakan sebidang tapi lain lokasi, bekas pelajar UTM Skudai dan sekarang bekerja di sebuah firma landskap di Kuala Lumpur. Yang sweetnya pasal kad ni semuanya ditulis menggunakan tangan (manual ok!) Terima kasih banyak-banyak.

Tahun depan jika dipanjangkan umur & diberi peluang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal dengan korang semua, in shaa allah ada lagi kad raya untuk korang :D Terima kasih kepada semua yang sudi hantar kad raya, semoga kalian semua diberkati, aminn..



Sunday 25 August 2013

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013: Menghormati Sultan Johor kesayangan rakyat~










Assalamualaikum, 
Semalam 24 Ogos 2013 bermulanya Kembara Mahkota Johor 2013 di Menara Aqabah, Johor Bahru. 

"Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.." (Sumber; http://royalconnections.utm.my/kembaramahkota/)

Pengalaman yang bagi aku agak mengujakan walaupun tak dapat sertai aktiviti-aktiviti KMJ 2013 di setiap pit-stop mereka. Semalam kebetulan aku beraya ke Pontian dan tak sangka yang kami berkongsi jalan yang sama dengan geng KMJ 2013. Berhampiran Ayer Baloi, polis trafik semua dah sedia untuk memberi isyarat ke tepi kepada semua pengguna bagi memberi laluan kepada geng KMJ 2013. Waktu itu aku di sekitar Ayer Baloi, Pontian.

Mereka menjalankan tugas sebagai pengiring Kembara Mahkota Johor. Selamat bertugas!


Berhenti kali pertama, kami dapat bendera Johor ni. Terima kasih! Rupanya si polis tadi tu hanya bagi amaran awal supaya bersedia dengan geng KMJ 2013 tu. Lepas nampak insyarat dari polis dan juga helikopter dah mula nampak berlegar-legar di udara terus berhentikan kereta. Yang ruginya, aku tak bawak D200, tapi bersyurkurlah masih ade digital kamera haha. *baju semangat JDT~

Macam mana aku boleh terlepas pandang motosikal besar yang Sultan Johor bawak ni? nasib baik sempat tangkap dari belakang. Mungkin sebab terlalu teruja tengok ramai sangat pengiringnya. Tapi nasib baik motor Tuanku ni warna harimau, jadi sempat tak sempat sempat jugak aku tangkap gambar :D

My first impression, inilah Tuanku Sultan Johor tapi lepas tengok gambar ni balik rupanya salah orang haha ni Tunku Mahkota Johor la, TMJ kesayangan rakyat Johor~ See, dia melambai ke arah aku sebab dengan penuh semangat aku buat isyarat respect! terhadap beliau & mungkin juga sebab aku pakai baju JDT tu tapi tertinggal mafla JDT kat dalam kereta :D

Ramai sangat pengiring dari orang Istana, JMF, polis, ambulans dan juga abang bomba. Semoga perjalanan andaterus diberkati & selamat. Jom cuci mata tengok kereta besar yang sertai KMJ 2013 nih. Dalam ni semua orang-orang besar/kerabat diraja Johor. Aku tak pasti Sutanah Johor dengan anak dara beliau tu naik kereta mana 1 :D

Inilah keluarga Diraja Johor, kalau program macam ni semua ikut turun~ Kata ayah saya Sultan Johor sekarang ni sebijik macam arwah bapanya dahulu, "sukak dolan, ndelok rakyat te". ada faham? itu dalam bahasa jawa. Kalau dalam bahasa melayu "Suka berjalan, melihat rakyatnya"

Nasib baik budak-budak semalam sekolah kan, jadi meriahlah sikit kat tepi jalan nih~ 

Abang Bomba, abang bawak apa tu? hati-hati bawak motor ye :D Agak-agak raya tahun depan motor besar abang ni boleh bawak pegi baraan tak? :D 

Sebenarnya aku terlepas peluang nak sertai program KMJ 2013 di Parit Sulong semalam, mana taknya, dah rancang nak beraya ke Pontian. Nasib baik jumpa kat jalan :D puas hati juga sebab dapat lambaian diraja *gitu. 



Thursday 22 August 2013

MYraya 2013 | Aidilfitri dari Penyampai-penyampai Radio Suria FM

As salam,
Nak kongsi dengan korang antara lagu raya baru kegemaranku ini yang dinyanyikan oleh penyampai-penyampai Radio Suria FM, Menceriakan Rayamu. Aku suka sebab lagu tu ringkas jer, dengan hanya menggunakan perkataan AIDILFITRI diorang boleh huraikan isinya.



Lagu ni juga 'catchy' dan sebab tu aku dah boleh ingat sikit-sikit lagu nih walaupun baru keluar radio. Muziknya juga ada elemen-elemen tradisional, aku tak berapa fasih tentang alat muzik ni tapi ada la bunyi macam klasik tradisional sikit. Bila aku dengar jer lagu ni dengan automatik aku dapat membayangkan suasana kampung beraya, oh indahnya~

Korang layan lah video klip raya diorang nih. 

Nah, ni info lanjut pasal lagu ni:

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN


Monday 19 August 2013

MYraya 2013 | Terima Kasih dari hati untuk rakan-rakan sepejabat

As salam,
Entri ringkas khas buat kawan-kawan sepejabat yang datang beraya kat rumah kampung yang tak seberapa nih. Alhamdulillah sampai jugak korang kat rumah aku ni weyh! Kebanyakannya pertama kali datang & kalau tak ada raya takde la korang nak sampai kan :D

Sebenarnya semalam kami beraya dari Kluang ke Parit Sulong kemudian ke Rengit dan berakhir di Pontian untuk menghadiri majlis perkahwinan oficemate kami, Dayah. 

Jarak antara rumah kami yang jauh ni menyebabkan jadual lari dan lewat sampai. Tapi nak tak nak kena harungi jugak. Maaflah kalau rumah aku ni korang rasa jauh sangat nak sampai.


Korang aku ajak naik atas tak nak, duduk kat anjung jugak yang korang pilih. Tak ada menu istimewa, hanya kuih yang ada, jemputlah makan dengan penuh ikhlas :D 





Sambung makan sambil membedah :D 


Terima kasih sekali lagi, raya tahun depan datang lagi :D tapi dengan jadual perjalanan yang lebih teratur dan awesome, barulah namanya raya paling best!~


Sunday 18 August 2013

MYraya 2013 | Tahniah Buat Rakan Pejabat; Dayah Selamat Pengantin Baru

As salam.
TAHNIAH buat my officemate Hidayah dan suami semalam 17 Ogos 2013 dah selamat berlangsungnya majlis perkahwinan diorang di Seri Bunian, Pontian. Semoga berkekalan sampai ke Syurga dan dimurahkan rezeki :D

Makin lama makin ramai orang kelliling aku ni yang kahwin, nikah gantung, bertunang dan merisik. Semuanya nak mendirikan rumahtangga dah, alhamdulillah rezeki korang :D 








Muka semua penat lepas beraya :D


Hadiah besaq! khas buat kau Dayah. Semoga business anda makin maju. Lepas ni boleh la duduk rumah sambil buat duit. Tak payah susah-susah fikir pasal pejabat. Itulah untungnya perempuan/wantita.

Sebenarnya kami sampai sangat lewat ke majlis Dayah ni. Sampai je dah 6.30PM, Dayah pun tengah buat outdoor, jadi kami tunggu dengan penuh sabar sebab nak tengok suami Dayah hehe~ Kami antara tetamu yang paling lewat dikala kanopi sudah hampir dikemas. Yang penting dapat jumpa pengantin. Ni penangan beraya punya pasal, tu yang lambat haha.


Friday 16 August 2013

MYraya 2013 | Dari Melaka ke Batu Pahat, Terima Kasih #Aizulynda


As salam,
Nak tulis apa ek? selalu macam ni bila depan PC terus hilang idea nak tulis apa tapi kalau tengah naik moto, tengah nak tidur senang cakap bila offline kemain banyak idea haha~ Entri ni cuma nak bagi penghargaan kepada kawan-kawan yang datang dari jauh ni, raya jer diorang boleh sampai rumah aku ni. Kalau hari biasa memang tak la kan :D

Dari kiri, Md Azrin (Pt. Separap jer), Anis (Batu Pahat) dan pasangan pengantin baru dari Shah Alam, Aizul & Lynda. Alhamdulillah sampai juga korang kat rumah aku ni. 


Si Lynda tu kawan sejak Diploma dan suaminya adalah seorang blogger dan salah seorang My Favourite Blogger sebab aku suka baca blog dia, penulisan dia tak kosong walaupun banyak yang something tapi masih boleh diterima akal dan banyak kali gelak sorang-sorang kalau aku baca haha~ Beliau juga photographer dan masa zaman kegemilangan beliau bergelar Wedding Photographer tu, gambar-gambar sungguh awesome! sumpah cantik! *kan aku dah terikut ayat ko Aizul. Dari pelajar Perancang Bandar ke seorang Jurufoto Profesional dan sekarang dah bergelar Usahawan :D 




Aizul sempat kongsi tips perniagaan dengan aku. Perniagaan beliau dengan business dodol bapak aku tu ada persamaan dari segi strategi pemasaran, macam tu la lebih kurang. Ada la juga dia mencadangkan beberapa tips untuk aku, insyaallah aku akan cuba praktikkan ye Aizul, mahal wooo tips ko tu -_-'. 

TERIMA KASIH sebab dah sampai rumah aku weyh!~ Lepas ni insyaallah aku sampailah rumah baru kau tu ye kat Setia Alam, nanti masak sedap-sedap untuk aku ye :D 



Thursday 15 August 2013

MYraya 2013 | Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin

As salam,
Aku rasa dah lebih sebulan aku tak menulis kat sini. Sayangnya, bila ada blog dibiarkan macam tu sahaja. Alhamdulillah hari ni diberi kekuatan untuk menulis, sekarang tengah raya so untuk semua yang membaca blog ni Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Semoga ikatan persahabatan di alam maya ini akan berterusan In Shaa Allah. 



Hari ni hanya nak buat penulisan ringkas mengenai raya aku. Setiap tahun sejak lahir memang aku beraya di kampung rumah keluarga. Sekarang ni masih bujang jadi tak ada masalah sangat nak balik n tapi esok-esok kalau dah kahwin memang susah sikit nak balik raya. Sekarang ni memang aku betul-betul memanfaatkan masa yang ada ni dengan beraya ke rumah saudara dan juga kawan-kawan. 



MYraya 2013 | Baraan dan Marhaban
Tahun ni macam tahun-tahun sebelumnya akan ada aktiviti baraan & marhaban. Baraan (bahasa jawa) tu maksudnya ziarah dari rumah ke rumah beramai-ramai sama ada di kampung sendiri atau pun ke kampung sebelah. Kalau korang beraya bersama ahli keluarga, itu bukan dipanggil baraan tapi hanya dipanggil ziarah/beraya dan dalam bahasa jawa dipanggil Sejarah. Jangan terkejut ye.

Contoh Ayat 1
Jawa: Iki dino eneng baraan wong Parit Laman nyang Parit Seman.
Melayu: Hari ini ada baraan dari orang Parit Laman ke Parit Othman.

Contoh Ayat 2
Jawa: Wak Sidek sejarah nyang Parit Sulong karo bojone karo anak-anak ea.
Melayu: Wak Sidek pergi beraya ke Parit Sulong dengan isteri dan anak-anaknya.

Marhaban pula, berjalan serentak dengan baraan tersebut. Aktiviti marhaban ni dah jadi tradisi kebanyakan kampung/kawasan perumahan di negeri Johor ni dengan niat untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW. Sambil beraya sambil kumpul pahala, in Sha Allah. Tahun ni aku rasa tahun ke 3 aku sertai geng marhaban pemuda kat kampung. Seronok walaupun tengah malam baru habis sekampung kami marhaban. Inilah seronoknya bila beraya di kampung & aku bersyukur hidup dalam masyarakat kampung yang masih kuat ikatan persaudaraannya, alhamdulillah~

















MYraya 2013 | Duit Raya
Tahun ni tahun kedua aku bagi duit raya kat budak-budak terutamanya anak buah dan juga sepupu sepapat yang masih bersekolah serta kerabat-kerabat keluarga aku

Stok tahun lepas ada lagi, guna je la & aku rasa ni raya 5 kali pun belum tentu habis. Kalau nak cepat habis guna untuk kenduri kahwin saudara mara atau kawan-kawan. Tahun u masih nilai yang sama untuk kanak-kanak, yang penting ada sesuatu uktuk mereka dan kalau mereka cakap belakang pasal nilai anggaplah itu perkara biasa untuk budak-budak. 




MYraya 2013 | Pelita Raya
Tahun ni masih diberi kekuatan untuk pasang pelita raya, salah satu tradisi raya kami. Takde niat apa pun, hanya nak memeriahkan raya dan sebagai salah satu aktiviti nak mengeratkan ikatan antara sepupu. Nak lagi best, bakar mercun dengan diorang semua. Ingat dengan pelita & mercun tak boleh nak dekatkan kami semua ke? tapi kena hati-hati dengan mercun lah, alhamdulilah setakat ni kami semua masih sihat dan harapnya selepas ini pun terus kekal sihat :)




Akhir sekali, jemputlah datang beraya kat rumah ni. Kuih in sha Allah banyak lagi :D Selagi raya tak habis selai itulah kuih raya ni akan berada di atas meja ni. 

          SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI *lelaki kurang 2 orang, tiada dalam gambar


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...