Monday 30 September 2013

FAREED ZAIN PHOTOGRAPHY: Dont trust words, trust the pictures..

Assalamualaikum...
Entri pasal Wedding Photography lagi; just nak kongsi dengan korang salah satu hasil tangan seorang jurufoto dari Parit Raja, Batu Pahat nih. Secara keseluruhannya, aku suka tengok & hayati gambar-gambar beliau ni. Meh aku nak kongsi beberapa foto hasil dari tangan Fareed Zain Photography:















Apa yang aku suka pasal Fareed Zain Photography ni?
- Permainan warna yang menarik, smart & cool. Sejuk je mata aku tengok.
- Candid Style yang menjadi & menjadikan gambar tu sangat bermakna, serious nih!
- Banyak angle yang menarik dan photographer pandai cari sudut yang terbaik.

Kalau korang nak mendapatkan perkhidmatan jurufoto beliau, meh sini tengok kat bawah ni;

Laman Web Rasmihttp://fareedzain.com/



Thursday 26 September 2013

Kalau namanya CIKGU, berbicaralah seperti seorang GURU

Assalamualaikum...
Keratan komen di atas aku dapat dari lama sosial Facebook, fanpage Saya orang johor. Bila baca komen tersebut saya rasa macam, Subhanallah rendahnya ilmu cikgu ni. Apa masalah kami orang Johor yang kerja kilang tapi gaji beribu-ribu? Lagipun kerja kilang bukanlah hina sangat. Cuma cikgu ni yang buat pekerjaan di kilang itu hina. Penghawa dingin yang cikgu pakai tu pun kilang jugak yang buat~ 

Macam ni la, korang bacalah komen tersebut & buat kesimpulan tentang apa yang beliau katakan ikut pandangan korang. Sememangnya aku orang Johor, jadi bila dia kata macam tu aku agak terkilan & terasa walaupun aku bukan orang Felda. 

I'M PROUD TO BE JOHOREAN!~


Tuesday 24 September 2013

PHOTOPHENOMGRAPHY STUDIO: Cherish Everyone Moment


Photo by: Photophenomgraphy Studio
Assalamualaikum...
Entri kali ni nak berkongsi info pasal business kawan aku ni; Photophenomgraphy Studio, nama diberi dan menyediakan perkhidmatan fotgrafi untuk majlis perkahwinan, pertunangan, outdoor photography dan segala majlis yang memerlukan perkhidmatan jurufoto. Meh aku nak perkenalkan beberapa hasil tangan Shahrul Idaham (pemilik Photophenomgraphy Studio) ni:

Majlis Perkahwinan Lynda Roslan & Aizul Marcello | Shah Alam

















Outdoor | Alia & Rokhairi
Majlis Perkahwinan Alia & Rokhairi | Sijangkang
Majlis Perkahwinan Alia & Rokhairi | Sijangkang
Majlis Perkahwinan Rosazlina & Mohd Shahfizal | Putrajaya
Majlis Perkahwinan Rosazlina & Mohd Shahfizal 
Majlis Pertunangan Lynda Roslan & Aizul Marcello | Shah Alam



Majlis Pertunangan Lynda Roslan & Aizul Marcello | Shah Alam
Majlis Perkahwinan Adi & Hawa

Apa yang menarik mengenai Photophenomgraphy Studio ni pada mata aku?
- Ton warna gambar yang telah diedit; nampak soft dan sedap mata memandang
- Angle gambar yang kreatif, menarik & rasa teruja nak tengok banyak kali
- Photographer pandai tangkap gambar candid

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati dengan gambar-gambar dari team PHOTOPHENOMGRAPHY STUDIO ni. Aku rasa satu hari nanti aku nak guna perkhidmatan kau la Sharoll~ gambar kau sangat interesting & awesome! Ok kalau korang nak hubungi beliau, sila lihat kat bawah ni:

PHOTOPHENOMGRAPHY STUDIO
Laman web rasmi: http://photophenomgraphy.com/




Monday 23 September 2013

5 Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Percaya!

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak kongsi fakta  merujuk kepada apa yang kita suka makan & kita guna seharian. Fakta ni aku dapat daripada kawan yang forward ke aplikasi WhatsApp aku. Dengan spontan, aku terkejut & semua yang diperkatakan tu ada kaitan.

F A K T A  1

Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya kerana memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen iaitu suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.

F A K T A  2
Jangan makan Udang selepas mengambil pil Vitamin C yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

F A K T A  3

Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini adalah:
- VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo, Nature Force oleh Body Shop serta Head & Shoulders. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka adalah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

F A K T A  4





Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kira maggi, kueteow dsb), pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil peket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama seorang doktor; Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax (lilin) ke atas makanan ini yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor dari SBC (sekarang TCS) beberapa tahun lalu yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, dan jalan mudah adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian beliau disahkan menghidap barah yang sidebabkan wax dalam mee segera. Doktor tersebut juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang lagi mangsa adalah Pramugar dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tapi kerap makan mee segera. Kemudia dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini, tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

F A K T A  5
Bawang Goreng Segera; seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng dan melihat terdapat banyak straw minuman yang berwarna dan tidak berwarna (berasingan). Apa yang mengejutkan adalah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Okay, itu adalah serba sedikit mengenai fakta ringkas yang perlu anda tahu. Ini adalah hanya sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan juga korang yang membaca artikel ini. Menurut sumber, doktor pun menyokong fakta-fakta di atas, jadi sebagai langkah terbaik marilah kita sama-sama mengurangkan atau lebih baik menghentikan penggunaan bahan-bahan di atas. Memang kebanyakan bahan makan zaman sekarang ni banyak kandungan bahan kimia yang kebanyakannya berbahaya kepada sistem badan kita. Semoga kita dapat membuat pilihan yang terbaik dalam hidup.


Friday 20 September 2013

Salam Jumaat | Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa

Assalamualaikum...
Di bawah ini secara ringkas adalah waktu-waktu baik untuk berdoa:

Waktu sahur/sepertiga malam terakhir

Ketika berbuka puasa

Ketika lailatul Qadar

Ketika azan berkumandang

Di antara azan dan iqamah

Ketika sujud dalam solat

Ketika sebelum salam dalam solat wajib

Di hari Jumaat

Ketika hujan turun

Hari Rabu antara Zuhur dan Asar

Ketika Hari arafah

Ketika perang berkecamuk

Ketika minum air zam zam

Sumber: al-uyeah.blogspot.com






Thursday 19 September 2013

Sistem Tol; Dari Lebuhraya dibawa ke Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum...
Korang mesti dah tau mengenai sistem tol dalam majlis perkahwinan yang hanya ada di Johor kan? Ini dah jadi aktiviti biasa di dalam majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan di negeri Johor.

Maknanya lelaki yang nak berkahwin dengan anak dara dari negeri Johor, diorang kena hadapi sistem tol ni. Tak susah pun, ketua rombongan pengantin lelaki cuma perlu berikan sampul duit raya (pastikan ada isi) kepada mereka-mereka yang ada kat depan tu. Kalau ada 20 orang yang tahan korang, kena la bagi 20 sampul berisi duit tu. Waktu macam ni memang lorong tunai sahaja yang dibuka. Lorong Touch&Go dan SmartTAG memang tutup sebab ada masalah teknikal. Kalau korang bawak kad atau mesin SmartTAG tu pun takde guna, hahaha tetap kena bayar tunai :D




Ini gambar sekitar majlis perkahwinan anak saudara aku di Segamat, Johor. Pengantin lelaki dari Melaka. Melaka dengan Johor ni tak lari mana pun, hampir sama jer dan mungkin mereka dah sedia awal-awal dengan sistem tol ni. Gambar atas ni tol yang pertama, peliknya ni belum sampai depan halaman rumah ni, baru kat tengah jalan pun dah ada tol. Hebat betul orang felda nih :D

Kebiasaannya tol akan dibuat di (1) halaman rumah, (2) pintu masuk rumah, (3) Depan pelamin dan yang terakhir (4) Mak Andam. Itu kebiasaannya. Mak andam biasa dapat nilai tol yang paling besar dari yang lain-lain. HAHA ini hanyalah untuk suka-suka, tak perlu ambil serius okeh :D

Dah lepas dengan jayanya tol yang pertama, tol kedua menanti :D. Aku pernah dengar yang benda ni jadi kes di satu masa dulu, tak ingat tahun bila. Kalau tak silap pengantin lelaki dari Perak kot~ jadi isu tapi dah senyap dah. Mungkin mereka tidak diberitahu mengenai perkara ini. Jadi lepas ni sapa-sapa nak berkahwin dengan orang Johor terutamanya lelaki yang  kahwin dengan anak dara dari Johor, kena ambil kisah tentang ni, sediakanlah walaupun hanya RM1, tak kisah pun nilai tu~ Nak letak lagi banyak pun boleh.



Dah kena tutup dah pintu masuk ni. Lalu tepi tu? ermm tak boleh, pengantin dan rombongan kena lalu bawhap intu gerbang tu haha. 

Pengantin pun ada sekali, kali ni takde tol kat pelamin. 


Sesi rundingan, gelak tawa pun bermula. Tak perlu ambil secara serius, kita nak memeriahkan & merapatkan silaturrahim dengan kerabat saudara baharu kita ni. 

Tu diaa.. dah ready banyak rupanya, ini baru betul. Pengantin lelaki pun dah tak sabar ni jumpa bini dia, kitorang ni pun tak sabar nak dapat duit tol tu~



Dah dapat dah..masing-masing dah dapat.... dapat.. suka..suka..tapi....



Ek eleeee..... nape sikit jer? (jerit akak tu) *ini disebut dengan nada gurauan ye sambil pengapit tu terus mengagihkan duit tol tu kat yang lain-lain. 



Dah lepas dah tol akhirnya :D selamat pengantin baru, tu je nak cakap. Semoga korang yang dari luar Johor ni faham ye pasal sistem tol ni. Lepas ni jangan pegi marah-marah geng-geng yang tahan korang tu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...