Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Terima Kasih JDT & TMJ: Majlis Penghargaan Penyokong Johor Darul Takzim


Assalamualaikum..
Semalam 15 November 2014 telah berlangsungnya MAJLIS PENGHARGAAN UNTUK PENYOKONG BOLA SEPAK TERBAIK MUSIM 2014 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Tengok gambar nampak meriah tapi apakan daya aku tak dapat sertai sekali majlis ni. Untung yang datang dapat makan percuma, ala-ala macam rumah terbuka TMJ sempena majlis perkahwinan beliau agaknya hehe ~

Tapi macam ada betulnya jugak la kan, TMJ punya majlis perkahwinan baru je berlangsung beberpa minggu lalu jadi apa salahnya kalau kita boleh anggap ini majlis untuk beliau jugak. 

Best jugak kalau rakyat dapat tengok bakal waris Kesultanan Johor ni bersanding kat dataran sewaktu majlis ni. *Ni just cadangan suka-suka jer :D

Aku nak kongsi beberapa foto di lokasi kejadian majlis tersebut yang bagi aku secara keseluruhannya nampak sangat meriah ~ Biasalah kita, makan percuma laju je haha

Sumber foto: Page Johor Southern Tigers (Sports Club)














Monday, 20 October 2014

ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA: Tahniah untuk Tunku Mahkota Johor

Assalamualaikum,
Mendapat perkhabaran dari pihak istana Johor bahawasanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mendirikan rumahtangga bersama pasangannya ~ alhamdulillah semoga segala urusan dipermudahkan & dab berjalan lancar. 






"Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli
, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi"
- Sumber: Page Setia Johor



Blogger Review: A.F.A dah jatuh cinta dengan DODOL


Terima kasih abam pap..pap..pap.. hahaha~ itulah trademark beliau. Kenapa dengan gambar tu?


Terima kasih Pojie a.k.a Ahmad Fauzi Aryaan review dodol tradisional bapak aku ni. Alhamdulillah, kau pun suka dengan dodol ni. Korang nak tengok apa yang pernah aku tulis pasal dodol bapak aku ni?ce korang tengok kat sini: http://denii-herdiansah.blogspot.com/2012/09/cara-membuat-dodol-tradisional.html semudah ABC blog ni copy sebijik entri yang aku pernah tulis nih haha ~

Thursday, 26 September 2013

Kalau namanya CIKGU, berbicaralah seperti seorang GURU

Assalamualaikum...
Keratan komen di atas aku dapat dari lama sosial Facebook, fanpage Saya orang johor. Bila baca komen tersebut saya rasa macam, Subhanallah rendahnya ilmu cikgu ni. Apa masalah kami orang Johor yang kerja kilang tapi gaji beribu-ribu? Lagipun kerja kilang bukanlah hina sangat. Cuma cikgu ni yang buat pekerjaan di kilang itu hina. Penghawa dingin yang cikgu pakai tu pun kilang jugak yang buat~ 

Macam ni la, korang bacalah komen tersebut & buat kesimpulan tentang apa yang beliau katakan ikut pandangan korang. Sememangnya aku orang Johor, jadi bila dia kata macam tu aku agak terkilan & terasa walaupun aku bukan orang Felda. 

I'M PROUD TO BE JOHOREAN!~


Monday, 8 July 2013

Nilai Seorang Perempuan Yang Bergelar Isteri


As salam,
Semalam dapat info ni dari Facebook dan nak kongsi dengan korang terutamanya bagi lelaki (macam aku) yang nak menikahi perempuan, bakal isteri anda~ Tak semudah ABC nak kahwin, banyak benda perlu disediakan. Yang kat atas tu di antaranya; ni baru mas kahwin yang ditetapkan mengikut negeri, belum nilai wang hantaran yang ditetapkan oleh ibu bapa pihak perempuan. *Tak semua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...