Monday 20 October 2014

ISTIADAT PERKAHWINAN DIRAJA: Tahniah untuk Tunku Mahkota Johor

Assalamualaikum,
Mendapat perkhabaran dari pihak istana Johor bahawasanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan mendirikan rumahtangga bersama pasangannya ~ alhamdulillah semoga segala urusan dipermudahkan & dab berjalan lancar. 






"Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar di sini, pada 8 November ini.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli
, berkata istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene di sini, pada Jumaat ini.

"Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Justeru, perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor serta berunsurkan tentera," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini sebentar tadi"
- Sumber: Page Setia Johor



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...