Saturday 11 October 2014

Alkisah Aidiladha 2014 Masihi: Tahun kedua beraya di perantauan


Assalamualaikum...
Aidiladha dah berlalu dan hari ini aku baru berkesempatan untuk berkongsi kisah Aidiladha yang mana tahun ni kali kedua aku beraya di perantauan, tak balik raya. 

Tahun ni alhamdulillah rezeki kami sepejabat di mana pihak lembaga syarikat bersama staf-staf bersama-sama menyertai ibadah korban di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Skudai. Bos bermurah hati untuk memasukkan nama kami semua dalam senarai peserta yang menyertai korban. Saham akhirat bak kata bos ~ 

"Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah"


Korban tahun ni nilainya lebih tinggi dari tahun lepas, maklumlah harga binatang ternakan dah naik. Tapi ada satu yang bermain dalam fikiran aku, harga banyak ni berbaloi tak dengan lembu saiz macam ni? harap lembu tak disuntik lepas ni haha ~ 

Aku tengok lembu tahun ni rangka dia besar, kaki pun besar ~ kalau ikut AJK majlis ni lembu kategori A. Entah apa maksud kategori A tu pun aku tak pasti sangat yang penting niat & ibadah tu dah terlaksana alhamdulillah ~ 

Rasanya tahun ni ada lebih 20 ekor lembu yang nak dikorbankan dengan 3 orang tukang sembelih yang berkelayakan termasuklah bos aku ~ Jam 8 pagi dah solat sunat Aidiladha, malumlah banyak lembu nak diuruskan dan dijangkakan sebelum Zohor dah selesai. Malam raya tu jam 11.30 malam aku saja ronda-ronda sampai masjid ni, tapi tak ada kelibat lembu-lembu ni tapi mungkin sampai lewat malam ataupun awal pagi raya.






Ni bos aku yang sebelih, pisau cukup tajam & ternyata perlukan tenaga yang kuat untuk sembelih lembu. Kalau kat kampung aku, tak ada la seringkas macam ni untuk sembelih. Mungkin sebab kat kampung tak banyak bilangan korban tapi kat sini ada lebih 20 ekor dan sebab itulah cara sebegini lebih cepat & mudah serta yang penting sah!

Siap melapah, potong daging & agihkan daging, potong tulang semua tu, alhamdulillah dah dapat bahagian masing-masing dan dah boleh balik. Aku papa lagi, terus pecut balik kampung dengan bau-bau lembu terus pegang stereng kereta. Sampai rumah, campur dengan tulang dari kampung dengan aku punya. Selesai ~ 

Terima kasih bos-bos kami semua sebab buat ibadah ni untuk kami ~ semoga Allah merahmati syarikat kita dan semoga perniagaan terus kukuh. Terima kasih, alhamdulillah. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...