Friday 8 November 2013

Alhamdulillah, boleh buat 'sangu' nak pergi Singapore

Assalamualaikum...
Inilah part time work aku selain full time kat opis; Nyawit~ bolehlah hasi buat bayar duit minyak tol semua tu, alhamdulillah. Hujung minggu ni bos besar ajak turun Singapura sebab beliau ada program dengan pelajar dia & kami pun dijemput sama untuk menyertai program ni: http://greenurbanscapeasia.com/home 

Jadi dengan hasil tuaian Selasa hari tu harap-harap dapat menambah duit poket untuk ke Singapura tu. Sekarang ni kalau nampak sawit ni dah masak kat pokok, dah terbayang duit dah $_$ . Walaupun harga tak tinggi, tapi sekurang-kurangnya kita tuai untuk dapatkan hasil. Penat-penat tanam tapi pokok tak diuruskan dengan baik, macam mana nak dapat hasil yang baik. kan...kan...


Thursday 7 November 2013

Tahniah Bubur Kacang Merah dah jadi tunangan orang~

Alhamdulillah 19 Oktober 2013 yang lalu dah selamat berlangsungnya majlis pertunangan salah sorang geng blok 54 di Gemenceh or orang Melaka panggil Moncheh. Tahniah Norsidah Mohamad atau nama facebooknya Bubur Kacang Merah, sedap tu! 

Gerak dari Johor Bahru dengan pasangan yang dah selamat bertunang. Aku drive, 3 jam baru sampai Moncheh, kalau korang drive mungkin 2 jam. Tu aizul kata la -_-

Dapat jugak duduk dengan rombongan pengantin lelaki & dengan perbincangan diorang kedua-dua pihak. adat perpatih masih digunakan lagi dalam acara-acara macam ni tapi sikit-sikit je la. Nak lagi best, tunggu nanti masa majlis perkahwinan; segala anak beranak Buapak ada ... hehe

Tarikh, hantaran semua dah dipersetujui dan cincin pun dah sarung, alhamdulillah dah manis darah korang berdua; Nor & Alam. Semoga tabah menempuh segala benda yang korang hadapi sepanjang bertunang nih. 

Muka si Alam ni kan aku tengok sekali imbas macam Azmi opis aku. Hitam manis macho kurus sama haha~ 

Kebiasaannya bakal tunang (lelaki) akan tunggu di luar semasa wakil dari pihak lelaki membuat perbincangan dengan pihak perempuan. Tapi kan..kan..ada orang tu dengan lengkap berbaju Melayu kacak habis nih; dia pergi join sekali masa perbincangan tu. Nampak tak yang beliau ni penuh semangat!~ yeahhhh..sekarang dah kahwin dah pun. Tahniah jugak untuk pasangan itu..



Ok korang jangan salah faham dengan gambar ni ye, aku bukan tunang Nor hahaha~ time ni semua orang dah balik, tinggal kami :D Kebetulan kemeja aku sama warna dengan dress Nor~ Kalau tengok gambar ni masing-masing dah ada pasangan; Linda dah kahwin dengan Aizul, Anis pulak dah jadi tunang Syam, Nor pun dah jadi tunang Alam. Betullah ada statement kawan aku, sapa-sapa yang berkawan dengan aku semua dah dimiliki berkahwin/bertunang/girlfriend orang. Yang kat office pun budak-budak ni kenakan aku; tu pun dah jadi tunangan orang...jodoh korang, aku yang tolong jodohkan hahaha~

Inilah geng Blok 54, dulu ada orang tu kata Blok 504 ~ bayangkan ade 500 lebih blok rumah flat kat Seksyen 7 Shah Alam tu. fuhhhhh!~ tapi gambar ni kurang sorang :) 

Semoga ikatan pertunangan ini akan kekal sampailah ke jinjang pelamin & sampai ke Syurga hendaknya. Dah nak jadi bini orang Nor, prepare la apa yang patut ye :D Yang pasti tahun depan aku banyak travel sebab travel ke majlis kahwin korang la hahaha

Gemencheh insyaallah akan sampai & dah merancang pun akan datang majlis kau, bulan November tahun depan kan. Tapi dalam pelan rumah pengantin tu aku nak ko mention kat mana lokasi cendawan besar seperti yang digembar-gemburkan. aku rasa nanti masa majlis kau, mesti dah makin besar hahaha *gurau ~ 

Aku letak gambar kau Aizul a.k.a Abang Long. Dengar kata sekarang dah makin kaya, alhamdulillah.. tu je nak cakap.


Thursday 17 October 2013

AIDILADHA 2013 | Video Rekabentuk Masjidil Haram Pada Tahun 2020

As salam..
Hari ni nak kongsi dengan korang mengenai pembangunan rekabentuk MasjidilHaram pada tahun 2020 nanti, insyaalllah. Kita tak tahu sama ada rekabentuk ini akan direalisasikan sebiji macam video kat bawah ni sebab sekarang ni baru dalam peringkat rekabentuk cadangan. Macam-macam boleh terjadi atas faktor kos terutamanya. Jom layan video kat bawah ni:


Jadi apa korang nak kata lepas tengok video ni? Aku bersetuju tapi kalau boleh janganlah kita musnahkan lokasi-lokasi bersejarah yang berada di sekitar masjid; sebelum ni aku ada dengar tentang kewujudan lokasi bersejarah para Nabi kita di situ cuma aku belum dapat pastikan lagi. 



Wednesday 16 October 2013

AIDILADHA 2013 | Alhamdulillah, semoga mendapat keberkatan ibadah korban

Assalamualaikum...
Aidiladha tahun ni, 15 Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 H adalah antara aidiladha yang terbaik kerana tahun ni alhamdulillah syarikat tempat kerja aku beri bonus dalam bentuk korban yang mana nama kami semua dimasukkan dalam senarai peserta korban di Masjid Tmn Sri Pulai Perdana, Skudai. Rasa teruja tapi dalam masa yang sama agak sedih sebab pertama kali beraya di perantauan. Selalunya raya mesti dah kat kampung halaman yang tak berapa nak jauh tu (1jam setengah jugak ok!).

Aku punya kumpulan dengan bos besar~ ternyata dia beliau bukan hanya seorang bos tapi beliau & anak-anak sanggup turun padang sama-sama bergotong-royong melapah & memotong daging lembu sampailah habis. Cuma kami tak dapat nak makan sup ekor yang kakak-kakak/makcik-makcik masjid buat tu, lagipun mereka jemput orang yang rewang jer. *eh, kitorang pun rewang apa hahaha :D :D

Lembu aku yang depan sekali ni warna light brown, apa yang buat aku sedikit bertanya dalam hati 'kenapa lembu-lembu kat sini kecik?dah cukup umur atau belum?', itu hanyalah persoalan aku jer tapi aku yakin pihak urusetia mesti dah pilih lembu yang terbaik untuk kami semua peserta. Tahun ni alhamdulillah kalau tak silap 147 orang peserta dengan 20 ekor lembu & 7 ekor biri-biri. Sebelum zohor semua dah siap.




Susah betul nak tumbangkan lembu no 6 ni, tak padan dengan saiz yang kecik. Kalau besar logik la jugak. Namun dengan kuasa orang ramai, tumbang juga & berjaya dah kena sembelih. Yang aku tak puas hati tadi ada la sorang hamba Allah ni yang pegi pusingkan kepala lembu ni ke atas sebab degil tak nak tumbang tapi agak-agak la ye pun janganlah seksa binatang sampai macam tu. 


Ni gambar bos aku tengah sembelih lembu tu. Aku tak tau yang pisau/parang dia tu tajam tahap ape entah sebab 2 kali sapppp!~ terus dah terpancut darah tu, cukup dah syarat sah sembelihan korban. Seriau pulak aku tengok pisau dia.

Teknik penyembelihan kat sini sangat simple, berbeza dengan di kampung. Maksud aku kat sini tak perlu susah sangat nak tumbangkan lembu. Kitorang hanya perlu pastikan kaki belakang dah terikat dan tali di leher cukup tegang dan kemudian dah boleh terus sembelih macam tu jer. Sangat berbeza dengan teknik di kampung. Kalau kat kampung kami perlu ikat kaki belakang dan hadapan sekali dan kemudian perlu dimasukkan kayu panjang di celah kaki tersebut supaya masa tengah sembelih nanti takde la lembu tiba-tiba bangun. Dan kami perlu kerjasama dari semua orang untuk pijak kayu tu ok!~ yang pegang kepala lembu pun ada, daun pisang lagi nak elak darah terpercik jauh dan siap batang pisang lagi sebagai bantal. 



Haaa macam ni lah rupanya lembu yang nak dikorbankan di kampung aku. Nampak tak sangat berbeza di situ; siap ada bantal, lubang dan kayu tu serta besi yang kat kepala lembu tu. Aku rasa mungkin ada faktor yang mempengaruhi contohnya: saiz lembu, bilangan lembu & faktor masa. Mungkin...


Dah siap sembelih tapi masih berdiri teguh kat situ, aku rasa dekat 10 minit lembu tu masih berdiri. Entah urat mana yang masih bersambung haha tapi lepas tu elok je dia duduk sendiri, pun lama jugak. Tengah melapah lembu teengok-tengok dah mati sendiri. 

Sebagai sebahagian daripada komuniti, kena join la sesi melapah sampailah pengagihan daging korban. Tapi orang macam aku yang tak banyak pengalaman ni buat sikit-sikit jer mana yang senang. Yang bahagian dalaman tu bagi kat otai hehe..


Cuma aku salah pakai baju jer, cantik sangat baju tu. Lepas ni pakai buruk-buruk jer haha ni sebab nak balik kampung terus. *alasan

Jarak lembu yang dekat biasanya menyebabkan lembu-lembu lain berasa takut. Bia tengok kawan sebelah kena sembelih, dia pun dah rasa nak kena jugak. Itu orang kata la.


Leader dapat ekor, buat sup!


Baldi adalah bekas paling sesuai untuk masukkan daging para peserta korban. Setiap ekor lembu perlu ada 7 baldi, 7 orang peserta. Setiap orang dapat 4kilo daging beserta organ dalaman dan tulang selangka, alhamdulillah..


Ada rezeki dapatlah kaki, boleh buat sup tulang

Siap je bahagian kitorang bertujuh ni terus balik, aku perlu bawa balik kampung sebab kalau kat JB memang tak tau la nak buat apa dengan daging nih. Kalau bawak balik kampung macam-macam boleh buat, rumah sedara banyak. 


Inilah pengalaman pertama aku menyambut Aidiladha bersama company dan juga di perantauan. Terima kasih sebab memberi peluang kepada kami untuk merasai suasana macam ni di bandar & semoga syarikat kita dilimpahi rezeki, insyaallah. Malam raya tu sedih tapi buat-buat biasa jer hahaha :P Tahun depan nak beraya kat kampung lah, suasananya berbeza. Paham la kan.




Wordless Wednesday: Atok-atok aku di korban lembu di Aidiladha




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...