Showing posts with label JDT. Show all posts
Showing posts with label JDT. Show all posts

Sunday, 1 February 2015

Piala Sumbangsih 2015: Luahan Hati Tengku Puan Pahang

Semalam JDT baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang Piala Sumbangsih 2015 dan macam biasalah bila dah lepas game ada macam-macam orang kata pasal itu ini. Dan sesuatu yang menarik perhatian aku di laman instagram adalah luahan seorang kerabat diraja yang kecewa dengan insiden yang berlaku di dalam stadium. Tengok kat bawah ni: 

Beliau yang dimaksudkan adalah, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah iaitu isteri kepada Tunku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Tunku Azizah ni dari kerabat diraja Johor dan berkahwin dengan kerabat diraja Pahang. 

Aku tak nak komen lebih, cuma aku pun kecewa juga dengan apa yang penyokong Johor buat ni. Tapi dalam masa yang sama, aku fikir balik apa yang FAM dah buat sebelum ni, kebanyakan keputusan yang mereka buat banyak yang berat sebelah; korang boleh fikir sendirilah .

Aku ingat lagi masa tu tengah drive kat highway, kebetulan Sinar FM time tu tengah Buletin Sinar so ada lah cerita pasal bola berkenaan dengan isu Gary tu yang jadi rebutan. JDT didenda RM100 000, Gary digantung tugas manakala Pahang diberi amaran. Masa tu aku fikir kenapa keputusan macam ni ek? tu je la ~ 

 Ni sebahagian mereka yang memberi pendapat, anda bagaimana? Ok tu jer..

TERIMA KASIH 


Saturday, 31 January 2015

Tahniah JDT Juara Piala Sumbangsih 2015

Assalamualaikum,
Alhamdulillah perkhabaran yang baik untuk pembukaan 2015 bagi pasukan negeri Johor atau lebih tepat lagi JDT 1 kerana berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih bagi edisi 2015. Tahniah diucapkan dan bagi aku penyokong JDT yang tak reti main bola tapi pandai menyokong, diorang tadi main dengan baik! maksudnya, diorang main corak permainan pantas dan banyak hantaran yang agak tepat. 


JOHOR BAHRU: Misi membalas dendam terlaksana, malam ini apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Pahang 2-0 untuk muncul juara perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.
Dua gol pada setiap babak permainan oleh pemain import, Marcos Antonio pada minit ke-37 dan Luciano Figueroa, minit ke-58 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin mengesahkan gelaran buat tuan rumah.
Kemenangan ini juga memberi JDT tiga mata dalam perkiraan Liga Super manakala Pahang jelas gagal menjelmakan perwatakan lama apabila mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawan.

SUMBER: Berita Harian Online


apa pun, perjalanan tahun 2015 masih panjang lagi dan aku harap JDT perlu kekalkan rentak terbaik & buat yang terbaik untuk kami semua ~ warnai liga kita ini dengan warna-warna yang indah tanpa diselitkan dengan warna hodoh yang menyebabkan nama baik kita tercalar. 
TAHNIAH & TERUS MENYOKONG JDT! Luaskan Kuasamu Johor! 

Sunday, 16 November 2014

Terima Kasih JDT & TMJ: Majlis Penghargaan Penyokong Johor Darul Takzim


Assalamualaikum..
Semalam 15 November 2014 telah berlangsungnya MAJLIS PENGHARGAAN UNTUK PENYOKONG BOLA SEPAK TERBAIK MUSIM 2014 di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. Tengok gambar nampak meriah tapi apakan daya aku tak dapat sertai sekali majlis ni. Untung yang datang dapat makan percuma, ala-ala macam rumah terbuka TMJ sempena majlis perkahwinan beliau agaknya hehe ~

Tapi macam ada betulnya jugak la kan, TMJ punya majlis perkahwinan baru je berlangsung beberpa minggu lalu jadi apa salahnya kalau kita boleh anggap ini majlis untuk beliau jugak. 

Best jugak kalau rakyat dapat tengok bakal waris Kesultanan Johor ni bersanding kat dataran sewaktu majlis ni. *Ni just cadangan suka-suka jer :D

Aku nak kongsi beberapa foto di lokasi kejadian majlis tersebut yang bagi aku secara keseluruhannya nampak sangat meriah ~ Biasalah kita, makan percuma laju je haha

Sumber foto: Page Johor Southern Tigers (Sports Club)














Sunday, 2 November 2014

Piala Malaysia 2014 Akhir: Yang Terbaik dari B.O.S

Assalamualaikum...
Tahniah untuk pasukan Pahang kerana berjaya mempertahankan Piala Malaysia 2014, ternyata mereka cukup kuat untuk membawa pulang kemenangan ini. Buat JDT, anda memang terbaik & dah buat yang terbaik dan musim depan kita cuba lagi buat yang lebih baik. Tunjukkan kat TMJ yang anda adalah pilihan yang terbaik. Kami sebagai rakyat Johor tetap akan memberi sokongan padu kepada anda.

Sangat teruja dengan semangat dari kumpulan chant Boys of Straits, B.O.S yang secara terus menerus memberi sokongan kepada pasukan JDT. Bermula selepas maghrib, mereka bersama-sama mengajak seluruh penyokong JDT bangun bersorak sebagai pembukaan. Begitu juga kumpulan Elephant Army dari Pahang. Bergema habis stadium. Aku nak kongsikan sebahagian daripada aksi B.O.S di Stadium Nasional bukit Jalil :




Suasananya cukup meriah di dalam stadium tapi ada sedikit bahaya yang sepatutnya tak perlu, rasanya FAM dah tau pasal benda ni. Kita tunggu dan lihat ~ 

Antara aksi yang dibimbing oleh B.O.S dan kami semua follow~ tak rugi datang jauh-jauh dapat rasa kemeriahan macam ni. Ni kali kedua aku masuk SNBJ dan suasana kemeriahannya makin kuat! 

Juga yang terbaik dari Elephant Army & penyokong-penyokong Pahang. Tahniah untuk korang sebab sama-sama meriahkan stadium & arena bola sepak negara.

Ini sangat best!~ ingatkan kat Larkin jer ada tapi kat SNBJ pun dah ada jugak. Memang terbaik!

Tengah syok tunggu bola nak sepak mula, ada pulak pasangan dari Germany yang juga datang untuk sokong JDT ~ sempat selfie sekejap.


Monday, 7 October 2013

AL-FATIHAH: PEMERGIAN ADIK ADAM FARISH DIRATAPI PENYOKONG JDT


SABTU 05/10/2013; Adik Muhammad Adam Farish B Muhammad Al Hafiz disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tepat jam 4:16 pagi akibat komplikasi serangan jantung.

Adik Muhammad Adam Farish merupakan anak tunggal kepada penjaga gol utama JDT, Muhammad Al Hafiz. Beliau disahkan mengalami penyakit paru-paru tidak matang.

Muhammad Al Hafiz yang dijadualkan beraksi bersama JDT menentang Kelantan untuk perlawanan suku akhir kedua di Kelantan terpaksa diterbangkan pulang ke Johor Bahru setelah tiba di sana pagi semalam. Beliau tiba di rumah ibu angkat beliau di Jalan Sekolah, Kg Bakar Batu sekitar jam 12:30 akibat kelewatan jadual penerbangan.


Jenazah adik Muhammad Adam Farish ditempatkan sementara di rumah Puan Norhazila Mohd Yusof di Jalan Sekolah, Kg Bakar Batu sebelum dibawa pulang ke Jitra untuk dikebumikan.



Puluhan penyokong JDT beserta pihak pengurusan PBNJ dan Johor Fan Club turut hadir menziarahi.

Takziah buat seisi keluarga Muhammad Al Hafiz

Credit Photo & Article to: https://www.facebook.com/Kesultanan.Johor



Sunday, 25 August 2013

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013: Menghormati Sultan Johor kesayangan rakyat~










Assalamualaikum, 
Semalam 24 Ogos 2013 bermulanya Kembara Mahkota Johor 2013 di Menara Aqabah, Johor Bahru. 

"Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.." (Sumber; http://royalconnections.utm.my/kembaramahkota/)

Pengalaman yang bagi aku agak mengujakan walaupun tak dapat sertai aktiviti-aktiviti KMJ 2013 di setiap pit-stop mereka. Semalam kebetulan aku beraya ke Pontian dan tak sangka yang kami berkongsi jalan yang sama dengan geng KMJ 2013. Berhampiran Ayer Baloi, polis trafik semua dah sedia untuk memberi isyarat ke tepi kepada semua pengguna bagi memberi laluan kepada geng KMJ 2013. Waktu itu aku di sekitar Ayer Baloi, Pontian.

Mereka menjalankan tugas sebagai pengiring Kembara Mahkota Johor. Selamat bertugas!


Berhenti kali pertama, kami dapat bendera Johor ni. Terima kasih! Rupanya si polis tadi tu hanya bagi amaran awal supaya bersedia dengan geng KMJ 2013 tu. Lepas nampak insyarat dari polis dan juga helikopter dah mula nampak berlegar-legar di udara terus berhentikan kereta. Yang ruginya, aku tak bawak D200, tapi bersyurkurlah masih ade digital kamera haha. *baju semangat JDT~

Macam mana aku boleh terlepas pandang motosikal besar yang Sultan Johor bawak ni? nasib baik sempat tangkap dari belakang. Mungkin sebab terlalu teruja tengok ramai sangat pengiringnya. Tapi nasib baik motor Tuanku ni warna harimau, jadi sempat tak sempat sempat jugak aku tangkap gambar :D

My first impression, inilah Tuanku Sultan Johor tapi lepas tengok gambar ni balik rupanya salah orang haha ni Tunku Mahkota Johor la, TMJ kesayangan rakyat Johor~ See, dia melambai ke arah aku sebab dengan penuh semangat aku buat isyarat respect! terhadap beliau & mungkin juga sebab aku pakai baju JDT tu tapi tertinggal mafla JDT kat dalam kereta :D

Ramai sangat pengiring dari orang Istana, JMF, polis, ambulans dan juga abang bomba. Semoga perjalanan andaterus diberkati & selamat. Jom cuci mata tengok kereta besar yang sertai KMJ 2013 nih. Dalam ni semua orang-orang besar/kerabat diraja Johor. Aku tak pasti Sutanah Johor dengan anak dara beliau tu naik kereta mana 1 :D

Inilah keluarga Diraja Johor, kalau program macam ni semua ikut turun~ Kata ayah saya Sultan Johor sekarang ni sebijik macam arwah bapanya dahulu, "sukak dolan, ndelok rakyat te". ada faham? itu dalam bahasa jawa. Kalau dalam bahasa melayu "Suka berjalan, melihat rakyatnya". 

Nasib baik budak-budak semalam sekolah kan, jadi meriahlah sikit kat tepi jalan nih~ 

Abang Bomba, abang bawak apa tu? hati-hati bawak motor ye :D Agak-agak raya tahun depan motor besar abang ni boleh bawak pegi baraan tak? :D 

Sebenarnya aku terlepas peluang nak sertai program KMJ 2013 di Parit Sulong semalam, mana taknya, dah rancang nak beraya ke Pontian. Nasib baik jumpa kat jalan :D puas hati juga sebab dapat lambaian diraja *gitu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...