Showing posts with label Parit Sulong. Show all posts
Showing posts with label Parit Sulong. Show all posts

Sunday, 25 August 2013

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2013: Menghormati Sultan Johor kesayangan rakyat~










Assalamualaikum, 
Semalam 24 Ogos 2013 bermulanya Kembara Mahkota Johor 2013 di Menara Aqabah, Johor Bahru. 

"Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.." (Sumber; http://royalconnections.utm.my/kembaramahkota/)

Pengalaman yang bagi aku agak mengujakan walaupun tak dapat sertai aktiviti-aktiviti KMJ 2013 di setiap pit-stop mereka. Semalam kebetulan aku beraya ke Pontian dan tak sangka yang kami berkongsi jalan yang sama dengan geng KMJ 2013. Berhampiran Ayer Baloi, polis trafik semua dah sedia untuk memberi isyarat ke tepi kepada semua pengguna bagi memberi laluan kepada geng KMJ 2013. Waktu itu aku di sekitar Ayer Baloi, Pontian.

Mereka menjalankan tugas sebagai pengiring Kembara Mahkota Johor. Selamat bertugas!


Berhenti kali pertama, kami dapat bendera Johor ni. Terima kasih! Rupanya si polis tadi tu hanya bagi amaran awal supaya bersedia dengan geng KMJ 2013 tu. Lepas nampak insyarat dari polis dan juga helikopter dah mula nampak berlegar-legar di udara terus berhentikan kereta. Yang ruginya, aku tak bawak D200, tapi bersyurkurlah masih ade digital kamera haha. *baju semangat JDT~

Macam mana aku boleh terlepas pandang motosikal besar yang Sultan Johor bawak ni? nasib baik sempat tangkap dari belakang. Mungkin sebab terlalu teruja tengok ramai sangat pengiringnya. Tapi nasib baik motor Tuanku ni warna harimau, jadi sempat tak sempat sempat jugak aku tangkap gambar :D

My first impression, inilah Tuanku Sultan Johor tapi lepas tengok gambar ni balik rupanya salah orang haha ni Tunku Mahkota Johor la, TMJ kesayangan rakyat Johor~ See, dia melambai ke arah aku sebab dengan penuh semangat aku buat isyarat respect! terhadap beliau & mungkin juga sebab aku pakai baju JDT tu tapi tertinggal mafla JDT kat dalam kereta :D

Ramai sangat pengiring dari orang Istana, JMF, polis, ambulans dan juga abang bomba. Semoga perjalanan andaterus diberkati & selamat. Jom cuci mata tengok kereta besar yang sertai KMJ 2013 nih. Dalam ni semua orang-orang besar/kerabat diraja Johor. Aku tak pasti Sutanah Johor dengan anak dara beliau tu naik kereta mana 1 :D

Inilah keluarga Diraja Johor, kalau program macam ni semua ikut turun~ Kata ayah saya Sultan Johor sekarang ni sebijik macam arwah bapanya dahulu, "sukak dolan, ndelok rakyat te". ada faham? itu dalam bahasa jawa. Kalau dalam bahasa melayu "Suka berjalan, melihat rakyatnya". 

Nasib baik budak-budak semalam sekolah kan, jadi meriahlah sikit kat tepi jalan nih~ 

Abang Bomba, abang bawak apa tu? hati-hati bawak motor ye :D Agak-agak raya tahun depan motor besar abang ni boleh bawak pegi baraan tak? :D 

Sebenarnya aku terlepas peluang nak sertai program KMJ 2013 di Parit Sulong semalam, mana taknya, dah rancang nak beraya ke Pontian. Nasib baik jumpa kat jalan :D puas hati juga sebab dapat lambaian diraja *gitu. 



Monday, 19 August 2013

MYraya 2013 | Terima Kasih dari hati untuk rakan-rakan sepejabat

As salam,
Entri ringkas khas buat kawan-kawan sepejabat yang datang beraya kat rumah kampung yang tak seberapa nih. Alhamdulillah sampai jugak korang kat rumah aku ni weyh! Kebanyakannya pertama kali datang & kalau tak ada raya takde la korang nak sampai kan :D

Sebenarnya semalam kami beraya dari Kluang ke Parit Sulong kemudian ke Rengit dan berakhir di Pontian untuk menghadiri majlis perkahwinan oficemate kami, Dayah. 

Jarak antara rumah kami yang jauh ni menyebabkan jadual lari dan lewat sampai. Tapi nak tak nak kena harungi jugak. Maaflah kalau rumah aku ni korang rasa jauh sangat nak sampai.


Korang aku ajak naik atas tak nak, duduk kat anjung jugak yang korang pilih. Tak ada menu istimewa, hanya kuih yang ada, jemputlah makan dengan penuh ikhlas :D 





Sambung makan sambil membedah :D 


Terima kasih sekali lagi, raya tahun depan datang lagi :D tapi dengan jadual perjalanan yang lebih teratur dan awesome, barulah namanya raya paling best!~


Friday, 16 August 2013

MYraya 2013 | Dari Melaka ke Batu Pahat, Terima Kasih #Aizulynda


As salam,
Nak tulis apa ek? selalu macam ni bila depan PC terus hilang idea nak tulis apa tapi kalau tengah naik moto, tengah nak tidur senang cakap bila offline kemain banyak idea haha~ Entri ni cuma nak bagi penghargaan kepada kawan-kawan yang datang dari jauh ni, raya jer diorang boleh sampai rumah aku ni. Kalau hari biasa memang tak la kan :D

Dari kiri, Md Azrin (Pt. Separap jer), Anis (Batu Pahat) dan pasangan pengantin baru dari Shah Alam, Aizul & Lynda. Alhamdulillah sampai juga korang kat rumah aku ni. 


Si Lynda tu kawan sejak Diploma dan suaminya adalah seorang blogger dan salah seorang My Favourite Blogger sebab aku suka baca blog dia, penulisan dia tak kosong walaupun banyak yang something tapi masih boleh diterima akal dan banyak kali gelak sorang-sorang kalau aku baca haha~ Beliau juga photographer dan masa zaman kegemilangan beliau bergelar Wedding Photographer tu, gambar-gambar sungguh awesome! sumpah cantik! *kan aku dah terikut ayat ko Aizul. Dari pelajar Perancang Bandar ke seorang Jurufoto Profesional dan sekarang dah bergelar Usahawan :D 




Aizul sempat kongsi tips perniagaan dengan aku. Perniagaan beliau dengan business dodol bapak aku tu ada persamaan dari segi strategi pemasaran, macam tu la lebih kurang. Ada la juga dia mencadangkan beberapa tips untuk aku, insyaallah aku akan cuba praktikkan ye Aizul, mahal wooo tips ko tu -_-'. 

TERIMA KASIH sebab dah sampai rumah aku weyh!~ Lepas ni insyaallah aku sampailah rumah baru kau tu ye kat Setia Alam, nanti masak sedap-sedap untuk aku ye :D 



Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan 1434H/2013M: Bazar Ramadhan di pekan Parit Sulong, Batu Pahat

As salam,
Hari ni 1 Ramadhan dan kita semua dah mula berpuasa sebelum nak sambut raya bulan 8 nanti. Johor tengah cuti ni jadi dapatlah hari ni berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga di kampung. Lepas ni hujung minggu je la boleh rasa macam ni, hari bekerja layan masakan bazar untuk berbuka & roti cicah milo untuk sahur :D

Ok ni kisahnya aku nak kongsi dengan korang suasana bazar ramadhan di pekan Parit Sulong, my hometown. Setiap tahun mesti meriah dengan macam-macam benda persiapan uktuk berbuka, untuk raya semua ada. Jadi bila jalan utama yag menghubungkan Yong Peng-Muar tu sesak sepanjang beberapa kilometer, kitorang semua dah tak heran. Itu dah jadi kebiasaan.

Nasib baik lot-lot kedai kat sini tak mengadap jalan utama, jadi ia memberi lebih ruang untuk peniaga berniaga di kawasan dalam pekan bukan di tepi jalan utama yang rasanya bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk sepanjang Ramadhan sampailah Syawal.

Kalau nak dekat raya memang ada pegawai keselamatan yang jaga; RELA & PDRM. Terima kasih sebab berkhidmat untuk kami warga Pait Sulong :D. Nanti datang rumah saya ambik duit raya dengan bapak saya ye tuan~ 

Ayam percik ni pun kalau nak beli kena tunggu giliran, ramai yang nak beli. Kalau kat bandar-bandar besar nak cari ayam percik berharga RM1 susah & memang tak dapat tapi kat sini in shaa Allah ada :D Tapi harga tu sesuai la dengan saiz ayam seketul tu.





Ni jalan masuk utama ke kawasan pekan & waktu-waktu macam ni memang kenderaan tak boleh masuk kalau dah penuh gerai dengan orang ramai macam ni. Kalau 1 Ramadhan, ramai muka-muka KeyEll turun sini. Diorang balik kampung bercuti dan saje jalan-jalan cuci mata sambil beli apa yang patut. Seronok tengok :D

Ni dah dekat raya dan bila raya maka muncullah kanopi-kanopi yang tiba-tiba kekal kat situ. Maksudnya gerai tu ada kat situ sampailah raya, tak dialihkan pun & ini dah jadi kebiasaan dah. Aku kalau waktu macam ni bawak moto je la, kalau bawak kereta pun sangkut dalam kesesakan. Ada kang yang buka puasa kat tengah jalan. 

Setakat ni je nak kongsi dengan korang, apa pun petang ni aku nak turun bazar Ramadhan ni. Beli apa yang rase nak makan & perlu makan. Selamat berpuasa korang.


Sunday, 23 June 2013

ISU SEMASA: Jerebu, apa kita perlu buat?

As salam,
Dalam kita menghitung hari untuk tibanya Ramadhan, kita diuji dengan bencana jerebu yang melanda kebanyakan daerah di negeri Johor dan bahagian selatan Semenanjung Malaysia amnya. Hari ni 23 Jun 2013, keadannya adalah lebih baik dari semalam, 22 Jun 2013. Tau kenapa? semalam kualiti udara sangat teruk & kat luar tu nampak kuning. Hari ni sekurang-kurangnya cahaya matahari boleh memancarkan sinarannya dengan baik walaupun jerebu belum pulih. 

*gambar-gambar ini diambil di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, 23 Jun 2013. Tengah fikir, kenapa Parit Sulong (Batu Pahat) tak disebut dalam berita? Muar sahaja yang disebut. Padahal Parit Sulong tu dalam Batu Pahat. 


Ini foto sekitar rumah keluarga aku. Nampak macam ok tapi masih ada bau asap terbakar. 

Sempat lagi basuh keta HAHA :D. Semoga kualiti udara petang ni makin baik & kalau hujan tu, alhamdulillah sangat~ hujan rahmat.

Ok ni nak kongsi dengan korang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika jerebu:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...