Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, 11 July 2013

Ramadhan 1434H/2013M: Kenangan Iftar Bersama Mereka







As salam,
Ini kisah Iftar Ramadhan tahun lepas iaitu pertama kali menyambut Ramadhan di alam pekerjaan. Yang pertama berbuka bersama staf Tropics Design & PLABD di Pomegranate Garden Restaurant di Taman Universiti, Skudai; Restoran ni ala-ala Arab jugak la. Sedapp dan menarik tapi ada beberapa juadah yang lidah jawa aku ni tak boleh masuk HAHA


Segala daging panggan ni aku memang telan tapi daging kambing je aku kurang. Mungkin sebab aku bukan penggemar kambing. Ayam, kambing & lembu ada nih~ 

Bos-bos kami, semuanya tenaga pengajar di UTM, Fakulti Alam Bina. Ada orang kata FAB tu macam shopping complex sebab senibina bangunan baru tu :D haha

Makan berat dalam keadaan bersila macam ni kan, aku rase macam semput sikit HAHA. Banyak sangat melantak, bila dah kenyang abes tak boleh gerak. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak kan. 

Salad, sedap & masam. 

Next, ni sewaktu berbuka puasa dengan kawan-kawan yang majoritinya kawan-kawan bekas pelajar UiTM. Lokasi aku tak ingat nama tapi berdekatan dengan Dataran Bandaraya, masuk dalam sikit. Tahun ni tak tau lagi dapat buat macam ni lagi ke tak. Kalau ada rezeki, insyaallah nanti kita buat lagi ye :)




Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan 1434H/2013M: Bazar Ramadhan di pekan Parit Sulong, Batu Pahat

As salam,
Hari ni 1 Ramadhan dan kita semua dah mula berpuasa sebelum nak sambut raya bulan 8 nanti. Johor tengah cuti ni jadi dapatlah hari ni berbuka puasa dan bersahur dengan keluarga di kampung. Lepas ni hujung minggu je la boleh rasa macam ni, hari bekerja layan masakan bazar untuk berbuka & roti cicah milo untuk sahur :D

Ok ni kisahnya aku nak kongsi dengan korang suasana bazar ramadhan di pekan Parit Sulong, my hometown. Setiap tahun mesti meriah dengan macam-macam benda persiapan uktuk berbuka, untuk raya semua ada. Jadi bila jalan utama yag menghubungkan Yong Peng-Muar tu sesak sepanjang beberapa kilometer, kitorang semua dah tak heran. Itu dah jadi kebiasaan.

Nasib baik lot-lot kedai kat sini tak mengadap jalan utama, jadi ia memberi lebih ruang untuk peniaga berniaga di kawasan dalam pekan bukan di tepi jalan utama yang rasanya bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk sepanjang Ramadhan sampailah Syawal.

Kalau nak dekat raya memang ada pegawai keselamatan yang jaga; RELA & PDRM. Terima kasih sebab berkhidmat untuk kami warga Pait Sulong :D. Nanti datang rumah saya ambik duit raya dengan bapak saya ye tuan~ 

Ayam percik ni pun kalau nak beli kena tunggu giliran, ramai yang nak beli. Kalau kat bandar-bandar besar nak cari ayam percik berharga RM1 susah & memang tak dapat tapi kat sini in shaa Allah ada :D Tapi harga tu sesuai la dengan saiz ayam seketul tu.





Ni jalan masuk utama ke kawasan pekan & waktu-waktu macam ni memang kenderaan tak boleh masuk kalau dah penuh gerai dengan orang ramai macam ni. Kalau 1 Ramadhan, ramai muka-muka KeyEll turun sini. Diorang balik kampung bercuti dan saje jalan-jalan cuci mata sambil beli apa yang patut. Seronok tengok :D

Ni dah dekat raya dan bila raya maka muncullah kanopi-kanopi yang tiba-tiba kekal kat situ. Maksudnya gerai tu ada kat situ sampailah raya, tak dialihkan pun & ini dah jadi kebiasaan dah. Aku kalau waktu macam ni bawak moto je la, kalau bawak kereta pun sangkut dalam kesesakan. Ada kang yang buka puasa kat tengah jalan. 

Setakat ni je nak kongsi dengan korang, apa pun petang ni aku nak turun bazar Ramadhan ni. Beli apa yang rase nak makan & perlu makan. Selamat berpuasa korang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...