Assalamualaikum,
Semalam 24 Ogos 2013 bermulanya Kembara Mahkota Johor 2013 di Menara Aqabah, Johor Bahru.
"Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, bertujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.." (Sumber; http://royalconnections.utm.my/kembaramahkota/)
Pengalaman yang bagi aku agak mengujakan walaupun tak dapat sertai aktiviti-aktiviti KMJ 2013 di setiap pit-stop mereka. Semalam kebetulan aku beraya ke Pontian dan tak sangka yang kami berkongsi jalan yang sama dengan geng KMJ 2013. Berhampiran Ayer Baloi, polis trafik semua dah sedia untuk memberi isyarat ke tepi kepada semua pengguna bagi memberi laluan kepada geng KMJ 2013. Waktu itu aku di sekitar Ayer Baloi, Pontian.
Mereka menjalankan tugas sebagai pengiring Kembara Mahkota Johor. Selamat bertugas! |
Berhenti kali pertama, kami dapat bendera Johor ni. Terima kasih! Rupanya si polis tadi tu hanya bagi amaran awal supaya bersedia dengan geng KMJ 2013 tu. Lepas nampak insyarat dari polis dan juga helikopter dah mula nampak berlegar-legar di udara terus berhentikan kereta. Yang ruginya, aku tak bawak D200, tapi bersyurkurlah masih ade digital kamera haha. *baju semangat JDT~
Macam mana aku boleh terlepas pandang motosikal besar yang Sultan Johor bawak ni? nasib baik sempat tangkap dari belakang. Mungkin sebab terlalu teruja tengok ramai sangat pengiringnya. Tapi nasib baik motor Tuanku ni warna harimau, jadi sempat tak sempat sempat jugak aku tangkap gambar :D
My first impression, inilah Tuanku Sultan Johor tapi lepas tengok gambar ni balik rupanya salah orang haha ni Tunku Mahkota Johor la, TMJ kesayangan rakyat Johor~ See, dia melambai ke arah aku sebab dengan penuh semangat aku buat isyarat respect! terhadap beliau & mungkin juga sebab aku pakai baju JDT tu tapi tertinggal mafla JDT kat dalam kereta :D
Ramai sangat pengiring dari orang Istana, JMF, polis, ambulans dan juga abang bomba. Semoga perjalanan andaterus diberkati & selamat. Jom cuci mata tengok kereta besar yang sertai KMJ 2013 nih. Dalam ni semua orang-orang besar/kerabat diraja Johor. Aku tak pasti Sutanah Johor dengan anak dara beliau tu naik kereta mana 1 :D
Inilah keluarga Diraja Johor, kalau program macam ni semua ikut turun~ Kata ayah saya Sultan Johor sekarang ni sebijik macam arwah bapanya dahulu, "sukak dolan, ndelok rakyat te". ada faham? itu dalam bahasa jawa. Kalau dalam bahasa melayu "Suka berjalan, melihat rakyatnya".
Nasib baik budak-budak semalam sekolah kan, jadi meriahlah sikit kat tepi jalan nih~
Abang Bomba, abang bawak apa tu? hati-hati bawak motor ye :D Agak-agak raya tahun depan motor besar abang ni boleh bawak pegi baraan tak? :D
Sebenarnya aku terlepas peluang nak sertai program KMJ 2013 di Parit Sulong semalam, mana taknya, dah rancang nak beraya ke Pontian. Nasib baik jumpa kat jalan :D puas hati juga sebab dapat lambaian diraja *gitu.
No comments:
Post a Comment