Monday 23 September 2013

5 Fakta Ringkas Yang Perlu Anda Percaya!

Assalamualaikum...
Hari ni aku nak kongsi fakta  merujuk kepada apa yang kita suka makan & kita guna seharian. Fakta ni aku dapat daripada kawan yang forward ke aplikasi WhatsApp aku. Dengan spontan, aku terkejut & semua yang diperkatakan tu ada kaitan.

F A K T A  1

Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya kerana memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen iaitu suatu keadaan yang menyebabkan barah. Timun pula adalah anti-karsinogen.

F A K T A  2
Jangan makan Udang selepas mengambil pil Vitamin C yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

F A K T A  3

Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini adalah:
- VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo, Nature Force oleh Body Shop serta Head & Shoulders. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka adalah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih.

F A K T A  4





Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kira maggi, kueteow dsb), pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil peket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama seorang doktor; Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax (lilin) ke atas makanan ini yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak.

Telah dinyatakan terdahulu melalui seorang aktor dari SBC (sekarang TCS) beberapa tahun lalu yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, dan jalan mudah adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian beliau disahkan menghidap barah yang sidebabkan wax dalam mee segera. Doktor tersebut juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan.

Seorang lagi mangsa adalah Pramugar dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, dia tidak memasak tapi kerap makan mee segera. Kemudia dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini, tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

F A K T A  5
Bawang Goreng Segera; seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng dan melihat terdapat banyak straw minuman yang berwarna dan tidak berwarna (berasingan). Apa yang mengejutkan adalah straw yang tidak berwarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Okay, itu adalah serba sedikit mengenai fakta ringkas yang perlu anda tahu. Ini adalah hanya sebagai peringatan untuk diri saya sendiri dan juga korang yang membaca artikel ini. Menurut sumber, doktor pun menyokong fakta-fakta di atas, jadi sebagai langkah terbaik marilah kita sama-sama mengurangkan atau lebih baik menghentikan penggunaan bahan-bahan di atas. Memang kebanyakan bahan makan zaman sekarang ni banyak kandungan bahan kimia yang kebanyakannya berbahaya kepada sistem badan kita. Semoga kita dapat membuat pilihan yang terbaik dalam hidup.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...