Thursday 12 September 2013

MYraya 2013 Edisi Pejabat | Tradisi raya diteruskan sampai 30 Syawal

Pencuci mulut oleh kami :D
Assalamualaikum...
Jumaat lalu genaplah sebulan kita menyambut Syawal untuk edisi 2013 ini dan alhamdulillah raya tahun ni tetap meriah macam tahun-tahun lalu, tahun ni istimewa lebih sikit sebab raya ngan bini baru. Kereta baru lah!~ baru syok nak bawak keluarga beraya :D


Di pejabat, 30 Syawal kami sambut dengan majlis serba ringkas; makan-makan untuk staf & bos~ Menu? menu tradisi raya kita, nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam. Subhanallah sedap sungguh tapi nak tambah banyak kali dah tak berapa nak larat. Alhamdulilah masih dikurniakan selera yang baik.

Maaf la korang, aku tak dapat nak bawak dodol yang dah siap bungkus kecik-kecik so korang tinggal masuk mulut je kan. Kalau tahun lepas style potluck, aku dapatlah bawak dari kampung.


The making of Rojak Petis oleh Syida & Farah serta kuih kapit yang Syuhaida bawak dari Kota Tinggi, colourful sungguh!

Ni juadah pencuci mulut, Muffin Kak Pus, Kek Carrot Dayah, Puding Caramel Kak Zana, Tropical Fruits aku punya dan Kuih Cara Fila. Disebabkan kami ni tak banyak makan, so semua ni lambat habis, lagipun office ni ramai perempuan/wanita (jaga badan kot~)





Lepas round 1, terus pergi solat Jumaat. Balik, sambung lagi. Alang-alang dah menu ni kat meja aku, sambil buat kerja sambil makan sampailah kenyang. Alhamdulillah, selesai sudah beraya di bulan Syawal, semoga tahun hadapan dipanjangkan umur untuk menyambutnya lagi. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...