Monday 9 September 2013

Menara Jam Abraj Al-Bait, Mekah; Siapakah Ir. Wan Nazri Wan Aria?

Assalamualaikum...
Korang semua mesti dah tau mengenai Menara Jam Abraj Al-Bait di Mekah kan? Dah banyak orang sebut-sebut mengenai keindahan & keunikan menara jam terbesar di dunia tersebut yang juga bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Dubai, meh tengok kat bawah ni:




Kali ni aku nak kongsi beberapa fakta ringkas mengenai salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan menara jam ini & aku rasa korang semua dah tau kot lagi-lagi dari geng-geng engineering, mesti dah kenal Wan Nazri Wan Aria.

Royal Clock Tower, Makkah yang disifatkan sebagai the Miracles of Modern Engineering dibina oleh sebuah syarikat terkemuka di German, SL Rasch dan Wan Nazri adalah jurutera dari syarikat tersebut. Katanya, menara itu memerlukan ‘lightweight steel structure’ untuk menyokong jam gergasi itu. Kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar Premier Composite Technology (PCT) dari Dubai, diperlukan bagi menyempurnakan tanggungjawab itu.


"Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London", kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.

Beliau berasal dari sebuah keluarga yang susah dan menetap di sebuah kawasan belum membangun di Kuala Lumpur. Bukan lulusan mana mana sekolah hebat. Hanya bersekolah biasa di Segambut. Kemudian menyambung pelajaran dan berjaya lulus Degree di dalam engineering dari UiTM dan pada mulanya bekerja di sebuah syarikat tempatan. 

Sumber: Facebook https://www.facebook.com/jasmi.shahir


Pada usia 25 tahun, beliau meletakkan jawatan dan bertekad menyambung belajar peringkat Master di Germany menggunakan wang sendiri. 

Mengapa Germany? Sebab beliau merasakan bahawa di situlah tempat paling utama dan paling mencabar untuk seseorang engineer di Dunia. Walaupun pada mulanya tidak pandai berbahasa Germany, beliau telah memaksa diri untuk belajar segera. Sebab semua pelajaran adalah di dalam bahasa berkenaan. Belajar Engineering dah susah, belajar peringkat Master dah susah, belajar bahasa german dah susah, apatah lagi belajar kesemuanya serentak!

But he did. And he did very well. Selepas berjaya mencapai keputusan yang cemerlang, pelbagai syarikat besar terutamanya di dalam automobil berebut menawarkan beliau kerja. Namun semuanya ditolak beliau di atas minat beliau kepada Structural Engineering. Maka beliau telah memohon kerja di sebuah syarikat SL Rasch, sebuah syarikat Germany yang terkenal di dalam bidang structural engineering.

Syarikat berkenaan telah berjaya mendapatkan tender membina Royal Clock Tower di Mekkah, melalui design yang dibuat oleh Wan Nazri. Atas kejayaan itu, SL Rasch telah menghantar Wan Nazri sebagai ketua konsultan untuk projek berkenaan bagi mengawasi pembinaannya dari A - Z. 

Engineer Arab sangat skeptikal terhadap Engineer dari Asia juga. Tetapi memandangkan Wan Nazri datang dari German, beliau sangat dihormati apatah lagi beliau memperlihatkan kecekapan dan kepakaran beliau. Sehingga ada syarikat besar di arab menawarkan gaji ratusan ribu sebulan untuk memancing beliau.


Tahniah buat anak-anak Melayu seperti beliau yang telah mencipta nama sendiri & keluarga serta negara di luar negara, semoga kejayaan sebegini memberi inspirasi kepada anak-anak Melayu yang berada di negara sendiri untuk terus maju & mampu mencipta nama yang terbaik di negara sendiri. Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...