Saturday 6 July 2013

KEPUTUSAN: Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1434H/ 2013 Kali Ke 55

As salam,
Sebentar tadi baru sahaja diumumkan pemenang bagi kategori Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1434H/ 2013 Kali Ke 55. Ini ringkasannya:

Bahagian Qari
Johan - Dasrizal Marah Nainin (Indonesia); 93.26%
Naib Johan - Muhammad Mashmoul (Iran); 92.38%
Ke 3 - Anuar Hasin (Malaysia); 89.55%
Ke 4 - Najmul Hasan (Bangladesh); 89.19%
Ke 5 - Youssef Marwan Ad-Deek (Lubnan); 87.63%
Ke 6 - Muhammad Al-Arabi Kastali (Maghribi); 86.91%
Ke 7 - Boughalab Ibrahim (Belgium); 86.71%
Ke 8 - Muhammad Hajee Musa (Thailand); 86.17%

Ni aku nak kongsi dengan korang video Anuar Hasin di awal kemunculan iaitu semasa Akademi Alquran. Jom layan~


Bahagian Qariah
Johan - Hajar Boussar (Maghribi); 91.27%
Naib Johan - Hanimzah Jalaluddin (Malaysia); 88.08%
Ke 3 - Natifah Manasiya (Thailand); 87.67%
Ke 4 - Dayang Hjh Maidah Hj Abd Rahman (Brunei); 86.46%
Ke 5 - Sumaiyah Ali Abdel Aziz (Mesir); 85.88%
Ke 6 - Faidah Daud (Indonesia); 85.56%
Ke 7 - Nur Adillah Mohamed Rihat (Singapura); 76.75%
Ke 8 - Suhana Maryam Ageel (Maldives); 76.55%

"The books, The Guide(s) of Muslimin and Muslimat", layan lagu tema 
tilawah Al-Quran.


Tahniah buat semua pemenang. Sekarang bukan peserta dari Asia Tenggara sahaja yang menguasai top 5 tapi dah dari seluruh dunia. Mereka datang sini bukan hanya untuk bertanding tapi mereka bersama-sama belajar mempertingkatkan & memperbaiki skill bacaan yang dianjurkan oleh JAKIM. Terima kasih JAKIM sebab buat semua ni untuk para peserta, sekurang-kurangnya takde la ramai peserta yang buat kesilapan yang ketara yang boleh memcacatkan bacaan. TAHNIAH~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...