Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Monday, 23 March 2015

FOTO DIRAJA: Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Johor

Foto keluarga kerabat diraja Johor

Baru sahaja selesai sebentar tadi istidat penuh bersejarah Kemahkotaan Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Besar Johor Bahru. Secara rasminya juga Tuanku Zarith Sofia memenggunakan gelaran sebagai Permaisuri Johor menggantikan gelaran Sultanah. Tahniah! Daulat Tuanku.

Di bawah ini foto-foto sekitar majlis istiadat bersejarah ini. Kredit foto kepada: Page Kesultanan Johor, Johor southern Tigers & Berita Harian Online

Istana Besar Johor Bahru 


Kenderaan rasmi Tuanku Sultan keluar dari Istana Bukit Serene menuju ke Istana Besar Johor Bahru










Ketibaan Tuanku Sultan




Singgahsana Istana 

Tuanku Sultan sebak ketika membaca watikah ini


Menteri Besar Johor, Datuk Khaled Nordin

Istiadat memakaikan Mahkota diraja oleh Mufti Johor.






Perarakan diraja di sekitar bandaraya Johor Bahru


D A U L A T    T U A N K U
Semoga Negeri Johor terus maju dan dirahmati di bawah naungan Tuanku Sultan. 



Tuesday, 9 July 2013

Roost Juice+Bar, lokasi santai ala-ala vintage~ sila singgah

Sibuk berbincang pasal business, kemain korang~ hewhew
As salam,
Baru-baru ni berkesempatan lepak-lepak di Roost Cafe, Johor Bahru dengan #Retis #TaukeTudung #Blogger #UsahawanSuamiIsteri a.k.a geng 'crazy' HAHA. Mesti korang tertanya kat mana Roost Cafe ni? Ok lokasinya terletak di Jalan Dhobi bersebelahan dengan Pasar Karat dekat dengan kawasan yang jual barang bundle tu~ ok sila Google.


Aku suka style cafe ni, entrance macam suasana zaman Saloma P. Ramlee dulu. Nak kata kampung tak jugak tapi lebih mudah kata ala-ala vintage yang sempoi :) 

Makanan? sedap dan puas hati walaupun mahal tapi berbaloi la kan. Minum dalam baldi kecik der~ haha comel sungguh baldi tu. 

Pasangan yang sebelah kanan tu dah kahwin & pasangan yang sebelah kiri tu belum kawin tapi jap lagi kawin la tu. Yang tukang tangkap gambar ni jer belum ada rezeki, single lagi. Tapi bila jalan dengan diorang semua ni macam aku jalan-jalan sorang. Kemain lekat masing-masing :P

At least ada jugak aku dalam gambar ni. So korang kalau nak cuba minum kat sini, pergilah singgah. Kalau suka boleh singgah lagi tapi kalau tak suka try la makan steambot kat Dataran Bandaraya tu, best juga kan :D

Untuk Aizul & Lynda, aku doakan semoga perniagaan tudung korang makin maju dan juga makin murah rezeki, jap lagi dapat baby tu :) . Doa je la banyak-banyak. Ni yang couple lagi sorang ni, Anis ngn Syam tak lama lagi kan? ok, semoga semuanya berjalan lancar. #Giteww

Note:
- Aku dapat korek dah berapa wang hantaran kawin #Aizulynda
- Aku dah dapat sikit-sikit petua untuk orang yang dah kahwin
- Sorry Aizul, mee siput korang takde sambal kicap :P
- Aizul belanja kitorang, Thanks!
- Anis bakal shopping habis-habisan kat #HERbyLYNDAROSLAN
- Syam nak bukak studio, good luck!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...