Sunday 11 January 2015

PASCA BANJIR | Sedikit 'Ubat' Untuk Mereka di Sana

Assalamualaikum,
Penghujung tahun 2014 & kehadiran tahun 2015 yang suram bagi kita rakyat Malaysia apabila banjir besar antara yang terburuk melanda beberapa buah negeri seperti Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah. Semua orang tahu, paling teruk adalah di Kelantan atau lebih spesifiknya di Kuala Krai. 

Baru-baru ni opis ada buat sumbangan khas untuk mangsa-mangsa banjir ini melalui UTM. Kami beli barang sendiri kemudian dikumpulkan di UTM Skudai. Dengan bajet yang bersesuaian kami beli beberapa keperluan penting untuk mangsa-mangsa banjir.


Antara barang yang kami beli adalah tuala wanita, lampin bayi, beras, susu, sardin, biskut kering, susu bayi dan beberapa barang keperluan lain. 

Inilah hasilnya, alhamdulillah... Semoga dengan bekalan yang kami sampaikan ini dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan ~ semoga Allah melindungi kita, semoga Allah merahmati usaha kita semua. 

*Rasanya cukup aku letak 2 foto sahaja, tak perlu banyak ~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...