Tuesday 27 January 2015

Foto Pemandangan Bandar Batu Pahat dari Menara MPBP




Batu Pahat, my hometown.. seronok melihat perkembangan & pembangunan di tempat kelahiran sendiri, dulu ada sebijik jer bangunan pencakar langit tapi sekarang dah ada 5 hingga 6 buah bangunan pencakar yang tak berapa nak langit sangatlah tapi boleh la dijadikan sebagai landmark bagi sesebuah kawasan tu.

Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat

Nak kongsi foto-foto yang diambil dari menara Majlis Perbandaran Batu Pahat di Jalan Rugayah, yang terminal bas Batu Pahat tu ~ kebetulan ada urusan di tingkat 11 hari tu then jengah tingkap jap nampaklah sebahagian bandar Penggaram dan juga kawasan sekitarnya.

Pemandangan pusat bandar dengan 4 buah bangunan tinggi sebagai landmark iaitu dari kiri, Pelican Hotel, The Summit Batu Pahat, Masjid Sultan Ismail, Katerina Hotel dan juga Wisma Sing Long.

Pemandangan sebahagian Jalan Rugayah

Pemandangan ke arah kawasan gunung di belah sana ~ 3 buah bangunan tinggi tu terletak di Jalan Zabedah.

Adakah pemandangan begini bakal berubah satu hari nanti? mana tau kalau Batu Pahat ada stesen keretapi laju dari Singapura ke KL tu nanti dah ada banyak perubahan. Inshaallah ~ 

1 comment:

  1. Batu pahatku.. Papaglamz asal BP jugak. Tapi dh ke penjuru la. Nak ke pontian dh.. Rengit.. Heheee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...