Showing posts with label pantai timur. Show all posts
Showing posts with label pantai timur. Show all posts

Sunday, 11 January 2015

PASCA BANJIR | Sedikit 'Ubat' Untuk Mereka di Sana

Assalamualaikum,
Penghujung tahun 2014 & kehadiran tahun 2015 yang suram bagi kita rakyat Malaysia apabila banjir besar antara yang terburuk melanda beberapa buah negeri seperti Perak, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah. Semua orang tahu, paling teruk adalah di Kelantan atau lebih spesifiknya di Kuala Krai. 

Baru-baru ni opis ada buat sumbangan khas untuk mangsa-mangsa banjir ini melalui UTM. Kami beli barang sendiri kemudian dikumpulkan di UTM Skudai. Dengan bajet yang bersesuaian kami beli beberapa keperluan penting untuk mangsa-mangsa banjir.


Antara barang yang kami beli adalah tuala wanita, lampin bayi, beras, susu, sardin, biskut kering, susu bayi dan beberapa barang keperluan lain. 

Inilah hasilnya, alhamdulillah... Semoga dengan bekalan yang kami sampaikan ini dapat membantu mereka-mereka yang memerlukan ~ semoga Allah melindungi kita, semoga Allah merahmati usaha kita semua. 

*Rasanya cukup aku letak 2 foto sahaja, tak perlu banyak ~

Sunday, 28 December 2014

PERISTIWA BANJIR 2014: Sultan Kelantan yang sangat cool ~

Hujung tahun 2014 yang amat sayu & penuh kisah. Terkini, pantai timur semenanjung Malaysia sedang dilanda banjir besar akibat perubahan monsun. Semoga keadaan kembali pulih sepenuhnya. Entri ni aku nak kongsi status dari laman Facebook milik rakan FB; Sultan Kelantan yang sangat berjiwa rakyat, dah macam rakyat biasa.

Ni foto dari laman FB Berita Harian Online. Oaky, yang aku nak kongsi kat bawah ni:\. Kisah dari seorang hamba Allah.


See, inilah seseorang yang kita perlu sayangi. Pemimpin yang sanggup tinggalkan protokol dan turun bersama membantu rakyatnya. Aku gembira baca situasi ini dan rasanya kat Malaysia ni tak ramai 'someone' yang macam ni. Harap semua orang dapat mencontohi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Pesana Sultan Kelantan untuk semua: http://www.bharian.com.my/node/25535
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...