Saturday, 31 January 2015

Tahniah JDT Juara Piala Sumbangsih 2015

Assalamualaikum,
Alhamdulillah perkhabaran yang baik untuk pembukaan 2015 bagi pasukan negeri Johor atau lebih tepat lagi JDT 1 kerana berjaya membawa pulang Piala Sumbangsih bagi edisi 2015. Tahniah diucapkan dan bagi aku penyokong JDT yang tak reti main bola tapi pandai menyokong, diorang tadi main dengan baik! maksudnya, diorang main corak permainan pantas dan banyak hantaran yang agak tepat. 


JOHOR BAHRU: Misi membalas dendam terlaksana, malam ini apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) menewaskan Pahang 2-0 untuk muncul juara perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah.
Dua gol pada setiap babak permainan oleh pemain import, Marcos Antonio pada minit ke-37 dan Luciano Figueroa, minit ke-58 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin mengesahkan gelaran buat tuan rumah.
Kemenangan ini juga memberi JDT tiga mata dalam perkiraan Liga Super manakala Pahang jelas gagal menjelmakan perwatakan lama apabila mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas lawan.

SUMBER: Berita Harian Online


apa pun, perjalanan tahun 2015 masih panjang lagi dan aku harap JDT perlu kekalkan rentak terbaik & buat yang terbaik untuk kami semua ~ warnai liga kita ini dengan warna-warna yang indah tanpa diselitkan dengan warna hodoh yang menyebabkan nama baik kita tercalar. 
TAHNIAH & TERUS MENYOKONG JDT! Luaskan Kuasamu Johor! 

Tuesday, 27 January 2015

Foto Pemandangan Bandar Batu Pahat dari Menara MPBP




Batu Pahat, my hometown.. seronok melihat perkembangan & pembangunan di tempat kelahiran sendiri, dulu ada sebijik jer bangunan pencakar langit tapi sekarang dah ada 5 hingga 6 buah bangunan pencakar yang tak berapa nak langit sangatlah tapi boleh la dijadikan sebagai landmark bagi sesebuah kawasan tu.

Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat

Nak kongsi foto-foto yang diambil dari menara Majlis Perbandaran Batu Pahat di Jalan Rugayah, yang terminal bas Batu Pahat tu ~ kebetulan ada urusan di tingkat 11 hari tu then jengah tingkap jap nampaklah sebahagian bandar Penggaram dan juga kawasan sekitarnya.

Pemandangan pusat bandar dengan 4 buah bangunan tinggi sebagai landmark iaitu dari kiri, Pelican Hotel, The Summit Batu Pahat, Masjid Sultan Ismail, Katerina Hotel dan juga Wisma Sing Long.

Pemandangan sebahagian Jalan Rugayah

Pemandangan ke arah kawasan gunung di belah sana ~ 3 buah bangunan tinggi tu terletak di Jalan Zabedah.

Adakah pemandangan begini bakal berubah satu hari nanti? mana tau kalau Batu Pahat ada stesen keretapi laju dari Singapura ke KL tu nanti dah ada banyak perubahan. Inshaallah ~ 

Monday, 26 January 2015

Azhar Mustapa - Hanya Kamu [ Official Music Video ]

A Z H A R   M U S T A P A
Aku pasti ramai yang kenal dia ni, aku kenal pun sebab sahabat yang kenalkan aku pasal dia ni. Masa tu tahun 2011 macam tu la, tengah belajar lagi kat UiTM ~  sahabat tu rajin la tengok rakan-rakan sebaya kami ni buat cover kat YouTube. Jadi aku dikenalkan dengan si Abam Jeha ni dan masa tu aku layan banyak lagu cover dia. Sedap didengar & ada bakat yang terbaik. 

Baru-baru ni 15 Januari 2015 dia bersama teamnya ada lancarkan single pertama! wow ~ tak sangka dia akan buat single sebenarnya hahaha tapi satu percubaan yang terbaik bagi aku. Meh layan lagu beliau:


Hanya Kamu
Penyanyi : Azhar Mustapa 
Lagu / Lirik : Jatchip Bob / Azhar Mustapa 
Komposer : Mohamad Syahir 
Producer : VOXSCAPE ENTERTAINMENT

Exclusive video by Nasrulhakeem / Aspherical Studios
© 2015 : VOXSCAPE ENTERTAINMENT

Okay malas nak panjang sangat, apa-apa hal meh la kita sokong produk tempatan & anak tempatan nih ~ mana tau ada rezeki nanti dia boleh kembangkan bakat dia sampai AIM ataupun AJL dan inshaalah ABPBH. Yang penting kita sokong & berdoa semoga Abam Jeha ni jadi seseorang yang terbaik satu hari nanti. Good luck!

Twitter: AzharMustapa
Instagram: @AZHARMUSTAPA
YouTube: AzharMustapa




Sunday, 18 January 2015

Anugerah Juara Lagu 29 | Ramalan Malam Ini; GEMA DALAM MUZIK

Assalamualaikum,
Malam ni 12 lagu bakal berentap dan hanya 1 lagu bakal dinobatkan sebagai lagu terbaik di antara yang terbaik. Bagi aku agak susah untuk meramal lagu mana yang akan bergelar lagu terbaik sebab semuanya hebat dan da kekuatan tersendiri. Antara 12 lagu terhebat itu adalah:

SESAL SEPARUH NYAWA
Alyah
Komposer: Alfi (Tiga) & Aidil
Lirik: Shah Shamshiri & Alyah

LELAKI
Yuna (Digantikkan oleh Najwa Mahiaddin)
Komposer: Yuna & AG Coco
Lirik: Yuna

GADIS JOLOBU
Datuk Hattan & Waris
Komposer: DJ Fuzz
Lirik: Waris & Datuk Hattan

GILALAH
Stacy
Komposer: Omar K & Mike
Lirik: Stacy

MASIH AKU CINTA
Shila Amzah
Komposer: Shila Amzah
Lirik: Shila Amzah

ROMANCINTA
Mojo
Komposer: Edry Abd Halim
Lirik: Edry Abd Halim

APA KHABAR
Joe Flizzow & Sona One
Komposer: Sona One
Lirik: Joe Flizzow

PERCAYALAH
Indah Ruhaila
Komposer: Aiman
Lirik: Mohd Atlas

MALAIKAT
Hazama
Komposer: Omar K, Mike Chan & Hazama
Lirik: Omar K, Mike Chan & Hazama

MATAHARI
Hafiz
Komposer: Ajai
Lirik: Transformer Melayu

RENTAK LAGUKU
Bunkface & Amy Search
Komposer: Sam Bunfkace
Lirik: Sam Bunkface

DI PINTU SYURGA
Dayang Nurfaizah
Komposer: Tom
Lirik: Iman Imran




LAGU KEGEMARAN | Di Pintu Syurga | Percayalah | Romancinta | Gadis Jolobu | Lelaki | Sesal Separuh Nyawa | Matahari

LAGU RAMALAN TOP 3 | Sesal Separuh Nyawa | Apa Khabar | Matahari

VOKAL PILIHAN | Indah Ruhaila | Dayang Nurfaizah

Saturday, 17 January 2015

Finalis AJL29 | DAYANG NURFAIZAH Di Pintu Syurga : Lirik & Video Klip






DI PINTU SYURGA
Dayang Nurfaizah
Komposer: Tom
Lirik: Iman Imran
___________________________________________________________________________

Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

(Korus)
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang Korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...