Saturday, 29 June 2013

FINAL PIALA FA: KISAH TRIP KE BUKIT JALIL TAK JADI

As salam,
Sepatutnya tuan yang tukang tulis entri ni dah ada kat dalam Stadium Nasional Bukit Jalil sekarang ni. Tapi apakan daya hanya mampu tengok kat TV je malam ni. Rancangan nak sertai geng JDT di stadium tak kesampaian atas sebab pihak penganjur yang terlebih yakin memberikan informasi mengenai trip ni. Jadi, pengakhirannya bas kami tak sampai-sampai dikala penyokong lain dah bergerak menuju ke KL. Jujurnya ini kali pertama aku nak sertai rombongan besar-besaran macam ni sebab nak rase macam mana meriahnya duduk daslam stadium tu.

Berkumpul di sini sejak awal pagi, tengahari baru selesai masalah; kami dapat balik RM110. Sekian terima kasih.

Info mengenai trip
Organisasi: Johor Darul Takzim Cyber Fan Club
https://www.facebook.com/JDTCFC.Official?hc_location=timeline
Wakil Organisasi: Shahfeeq Zainudin
Kadar Bayaran: Rm110
Pakej: Tiket masuk + tambang bas + sarapan + cenderahati
Tempat Berkumpul: Stadium Larkin, Johor Bahru

Setia menanti berita gembira dikala hati sudah panas


Kebanyakan ahli rombongan dari Johor sudah berada di sekitar stadium seawal jam 6.30am. Penganjur suruh kami kumpul jam 8am dan mungkin bas akan bergerak jam 10am, tu paling lewat. Sebab kalau lewat dari itu, memang dah susah nak sampai ke stadium, maklumlah KL kan~


Bas Persiaran atau Bas Sekolah atau kami kena bawak kereta sendiri?
Rancangan awal hari tu guna bas persiaran tapi entah macam mana bas tak sampai waktu tu. Dan bas sekolah yang dikatakan akan sampai pun tak sampai jugak. Entah apa nasib kami. Aku nak kongsi dengan korang komen penyokong JDT yang tak dapat pergi dari trip Pasir Gudang, kalau tak silap dari penganjur yang sama;

"saya alaminya admin.. berlaku kekecohan di trip area pasir gudang.. semua trip sangkut n dibatalkan.. sedih n kecewa sangat tak dapat pergi.. dari pukul 7 pagi smpai kol 3 ptg tungu bus tak datang.. datang pon sebuah-sebuah..itupun ada yg dh gerak dulu n then kna berpatah balik coz pemandu bus mogok sbb duit minyak tk dapat.. rasa janggal final tak dapat pergi.. padahal time semifinal saya pergi.. ada juga dak2 b.o.s yang sngkut time kat cana..hmm"










Menanti sehinggalah bas dari kumpulan lain dah bergerak semua, tinggal kami sahaja. Rasa terkilan, malu, marah & tertekan semua ada. Nak tak nak semua kena kawal perasaan dan kita cuba selesaikan dengan cara yang baik.

Wartawan dari BH/Harian Metro, Astro Awani dan RTM datang buat liputan. Ni yang tengah bercakap tu, itulah orang yang kami semua berurusan, En Shahfeeq. Beliau ini hanya menguruskan orang cari orang dan kumpul orang serta kumpul duit. Bab pengangkutan, tiket, sarapan semua tu ada orang lain yang uruskan. Tapi beliau dengan berani matinya turun sorang-sorang dan degan tenang cuba menjawab segala pertanyaan & tohmahan kitorang. 

Tiket? masuk stadium tak payah pakai tiket
HAHA ini statement yang bagi aku agak menakutkan. Pihak penganjur kata boleh masuk stadium tanpa perlu tiket tapi kena lalu di laluan khas. Dia beri jaminan dengan penuh yakin sebab dia dah berurusan dengan orang stadium. Aku terus terbayang tentang apa yang berlau sebelum ni di Stadium Larkin dan juga Stadium Darul Makmur. Fikirlah sendiri nanti apa akibatnya kalau dah overload~


Sambil tunggu bas yang dijanjikan sampai dan memag tak sampai-sampai sambil berbincang pelan seterusnya.

Mak cik yang turun dari Batu Pahat ni bertekak secara tegas dengan polis yang datang cuba membantu kami. Nasib baik abang-abang polis ni datang. Bincang punya bincang akhirnya kami buat laporan polis. Padan muka kaw!~



Wartawan yang tiba-tiba datang; Astro Awani, RTM & BH/Metro cuma wakil dari Media Prima dengan Utusan  je yang tak ada. Nak tak nak kami cuba memberikan maklumat yang sebenar, kronologi trip ini dan juga luahan hati penyokong yang tak dapat sertai kawan-kawan ke stadium.

Sambil menyaksikan penyokong-penyokonh JDT yang lain dah selesa duduk dalam bas berhawa dingin dan dah gerak pun. Kemungkinan besar rombongan bas yang ni dari kumpulan TMJ. Ni desas desus la. BTW, nampak meriah dan bersemangat dirang semua nih. 

Sorang-sorang ditemuramah, masing-masing cuba mengelak sebab malu. Tapi disebabkan tertipu & marah, kami cakap jer dengan wartawan tu. 

Dari jam 8.30am sampailah jam 12.30tengahari, baru kami dapat selesaikan masalah ni. Duit dipulangkan dan laporan polis dah pun dibuat. Tunggulah ye kepada para penipu ni. Ada balasannya nanti.

Kisah abang ni yang menjadi tumpuan. Rayuan mengenai apa yang berlaku, lihat video di bawah ini kalau korang nak dengar sebahagian daripada rungutan kami;



Ok tu je nukilan untuk entri ini, semoga kita semua ambil iktibar dengan apa yang berlaku kepada kami. Sekarang ni kami berpuas hati sebab kami dapat hak kami balik tapi terkilan sebab tak dapat turun stadium bersama-sama menyokong JDT. *Dah takde mood nak tulis~

Tengok sampai dah clear stadium tu semua dah menuju ke Bukit Jalil. So kami buat trip sendiri ke Legoland main roller coaster sepam dua then balik. Panas kemain~ 



4 comments:

  1. huyo..masuk awani...! haha..dala, lenkali pegi sendiri naik bumbelbeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha .~ mase ni meg x merncang plan B nk naik bumblebee pn sbb kos tinggi & dh lewat dh.. huhu insyaallh lpas ni akn naik bumblebee :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...