Tuesday, 25 June 2013

25 JUN 2013, menginjak ke angka 25 tahun, alhamdulillah

As salam,
Angka 25, kalau bagi perempuan mungkin angka ini dah wajib kahwin dan begitu juga lelaki, kalau dah ada rezeki kawin je la kan. Buat masa ni aku masih lagi makan gaji kumpul duit untuk menuju ke arah itu & juga hal-hal sampingan HAHA. Sebenarnya niat nak kahwin tu belum ada lagi, mak pun cakap jangan kawin dulu, bayar kereta tu dulu. Oh my mom!~ HAHA

Cakap pasal kawin teringat ayat Melayu klasik yang tak berapa nak klasik sangatlah;

"Kau kawin nanti kau nak bagi anak orang tu makan apa? Makan pasir?"

Tapi, ayat ni dah tak boleh guna dah sekarang sebab 'Pasir pun mahal sekarang, macam mana tu?' <- ni kawan aku kata & bila fikir balik, memang betul lah kan :D. Tu je nak cakap.

Yang penting, kita teruskan hidup kumpul amal, kumpul duit & kumpul harta untuk masa depan. Orang kata waktu muda ini lah kita cuba macam-macam benda. Tulang tengah kuat lagi kan ~ Lagi 5 tahun nak masuk 30, apa la akan jadi ye sewaktu umur aku 30 nanti. Semoga urusan dipermudahkan, amin...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...