Monday, 24 June 2013

Nisfu Syaaban; Bulan mengambang nan indah~



As salam,
Malam tadi adalah malam 15 Syaaban dan alhamdulillah aku telah sedikit sebanyak mengimarahkan malam tersebut dengan bacaan surah Yaasin dan solat sunat Tasbih berjemaah di masjid. Kebetulan masih di kampung so dapat buat semua ni. Nak kongsi sedikit pasal ni;


Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. “Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadap diriMu sendiri."


Sumber: Facebook Pn Adilla Jamaluddin

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- Bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- Bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.




Malam tadi bulan tak seperti tahun-tahun lalu sebab kedudukan jauh sedikit dan berwarna kuning. Mungkin sebab kesan daripada jerebu. Tapi alhadulillah aku dapat melihat ciptaan Allam yang indah ni. 

Balik dari masjid terus capai kamera then snap!~ Auto mode :D Tanpa edit guna photoshop terus upload kat sini. *kuning.

SALAM SYAABAN~ Semoga segala amalan baik kita diberkati Allah SWT, in sya Allah.


Sunday, 23 June 2013

ISU SEMASA: Jerebu, apa kita perlu buat?

As salam,
Dalam kita menghitung hari untuk tibanya Ramadhan, kita diuji dengan bencana jerebu yang melanda kebanyakan daerah di negeri Johor dan bahagian selatan Semenanjung Malaysia amnya. Hari ni 23 Jun 2013, keadannya adalah lebih baik dari semalam, 22 Jun 2013. Tau kenapa? semalam kualiti udara sangat teruk & kat luar tu nampak kuning. Hari ni sekurang-kurangnya cahaya matahari boleh memancarkan sinarannya dengan baik walaupun jerebu belum pulih. 

*gambar-gambar ini diambil di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, 23 Jun 2013. Tengah fikir, kenapa Parit Sulong (Batu Pahat) tak disebut dalam berita? Muar sahaja yang disebut. Padahal Parit Sulong tu dalam Batu Pahat. 


Ini foto sekitar rumah keluarga aku. Nampak macam ok tapi masih ada bau asap terbakar. 

Sempat lagi basuh keta HAHA :D. Semoga kualiti udara petang ni makin baik & kalau hujan tu, alhamdulillah sangat~ hujan rahmat.

Ok ni nak kongsi dengan korang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian ketika jerebu:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.


Saturday, 22 June 2013

ISU SEMASA: Kenapa tuding UiTM, tidak UTAR?

As salam,

Tiba-tiba ada insan yang menimbulkan isu ini. Rasanya tak perlulah kita nak ubah dasar yang sememangnya dah jadi dasar sejak awal penubuhan lagi.Ok korang hayati apa yang Dato' Sahol cakap kat bawah ni: 


NAIB Canselor/Presiden Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar sekadar tersenyum sinis apabila penulis 'mengusik' akan kenyataan seseorang dari Suaram baru-baru ini terhadap institusi berteraskan Melayu itu.

Cuma, tidak perlulah penulis mencatat nama individu terbabit ini kerana dia bukanlah orang penting yang perlu diketahui umum, cukup dengan ungkapan yang begitu menjengkelkan - mahukan kerajaan memansuhkan dasar UiTM yang hanya menerima kemasukan daripada bumiputera.

Kata individu yang diyakini penulis itu cuba berlagak untuk menjadi populis dengan mengeluarkan kenyataan kontroversi - seperti mana trend mereka daripada pembangkang - yang bunyinya begini: "Dasar (UiTM) itu telah melanggar Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman."

Teruk! maka tak perlulah penulis memanjangkan lagi permintaan mengarut si jengkel ini. Dan apabila ditanyakan kepada Dr. Sahol Hamid, beliau tersenyum lagi. Tetapi kali ini senyuman penuh makna.

"Saya cukup yakin isu ini hanya diperbesarkan-besarkan oleh pihak atau mereka yang hendak publisiti murahan...akan ada debat dan selepas itu hilang begitu sahaja seperti mana sebelum ini," kata beliau di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam kelmarin.

Sahol Hamid nampaknya tidak menghabiskan komennya itu tetapi lebih menarik perhatian penulis kepada satu perkara besar mengenai UiTM.

"Anda dan rakyat Malaysia kena tahu ini. Kewujudan UiTM yang kini memiliki hampir 200,000 pelajar ini telah menyelamatkan negara kita. Cuba bayangkan kalau UiTM ini tidak wujud. Mungkin ramai orang Melayu dan bumiputera jadi golongan miskin dan tidak berdaya. Mungkin orang Melayu selama-lamanya menjadi hamba di tanah air sendiri.

"Dengan keupayaan UiTM sehingga hari ini melahirkan hampir setengah juta profesional Melayu, maka institusi ini berperanan sebagai pengimbang ekonomi dan menjauhkan ketidaktenteraman dalam kalangan kaum-kaum. Kalau tanpa UiTM, kalau tanpa Kerajaan Barisan Nasional menampung perbelanjaan membina dan menggerakkan aliran pelajarnya, profesional Melayu tidak akan lahir, kemudian berkembang," katanya.

Dan tegas Sahol Hamid, oleh kerana ada polisi sedemikian (UiTM hanya dibuka untuk Melayu/bumiputera), manfaatnya ramai Melayu menyertai bidang profesional.

"Kalau orang Melayu tidak diberi pendidikan, usahkan apa, ekonomi pun sukar disaingi mereka, maka tentu sekali orang Melayu memberontak. Dan ini tentu merugikan bangsa-bangsa lain," katanya.

Sahol Hamid mengambil contoh mudah. Katakan UiTM benar-benar mahu ditutup. Dan cuma ada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang 99.9 peratus pelajar yang masuk adalah Cina dengan sokongan kuat daripada persatuan-persatuan mereka.

Dalam aspek ini, kalau pelajar Melayu terbabit beria-ria hendak menyertai UTAR pun, tetapi akhirnya pasti dia tidak akan pergi juga. Ini kerana akan melibatkan banyak kekangan di hadapan. Iaitu, dari sudut agama - soal halal haram termasuk aspek pemakanan.

"Tutup UiTM bermakna hanya UTAR yang matlamatnya membangunkan profesional Cina akan wujud dan sama juga dengan kolej di Sungai Petani yang dimiliki MIC. Jadi, kenapa nak persoal UiTM, bukankah mereka juga rasis?," katanya.

Dalam soal ini, kata beliau, dengan adanya UTAR untuk kaum Cina, UiTM (Melayu) manakala MIC dengan kolej tersendiri untuk masyarakat itu, maka sekarang adalah formula tercantik dengan semua bangsa ada peluang untuk mendapat pendidikan.

"Cuma, ada sebilangan yang tidak bersetuju dengan perkembangan UiTM itu. Malah, yang mengejutkan saya, suara tidak puas hati ini datangnya daripada orang Melayu sendiri. Mereka ini kononnya elit dan Melayu liberal.

"Dan ada tanggapan, kalau semua Melayu duduk di situ (contohnya pelajar UiTM yang kelayakannya semua Melayu), maka akan habis mundurlah bangsa dan negara ini.

"Untuk menjawabnya, saya minta anda pandang sekeliling. Di Rusia, Jerman hatta Jepun dan Korea (Selatan) sekali pun, adakah terdapat bangsa-bangsa lain. Adakah terdapat Melayu, Cina dan India di negara-negara berkenaan. Adakah negara itu daif," katanya.

Di Amerika misalnya, mereka melakukan perkara yang sama untuk membantu kumpulan penduduk kulit hitam berpeluang masuk ke universiti. Sebarang resolusi untuk meningkatkan tahap pendidikan golongan tertentu adalah perkara yang perlu disambut baik dan bukan dipertikaikan

Kata Sahol Hamid: "Cuba bayangkan kalau Melayu tidak ada kerja. Yang susah hati ialah bangsa lain sebab keamanan terancam (hasil rasa tidak puas hati terbelenggu di negara sendiri). Inilah yang berlaku di Syria, Mesir dan Turki. Jangan rosakkan UiTM dengan sentimen politik dan rasisme.

"Dan kita perlukan orang Melayu yang terpelajar dan lebih ramai yang sokong kerajaan.

"Peluang untuk mendapat pendidikan tetap ada untuk semua kaum, jadi tidak timbul isu langgar hak asasi manusia mahupun melanggar mana-mana syarat antarabangsa. UiTM adalah untuk membantu anak bumiputera bersaing secara adil."

Kata Sahol Hamid lagi, UiTM bercita-cita besar untuk memastikan kemakmuran Melayu terus terbela dan terpelihara.

"UiTM menyokong kerajaan BN dan UMNO sebab hanya BN dapat menentukan masa depan dan kedudukan orang Melayu serta bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya.

Menyifatkan UiTM sebagai benteng terakhir dalam mempertahankan kuasa dan survival Melayu, beliau percaya, akan ada pihak tertentu cuba melemahkan benteng terakhir tersebut dengan menghukum orang Melayu.

"Cuma, jangan nanti orang Melayu sendiri menjadi pengkhianat," kata Sahol Hamid.

Dalam soal ini juga, beliau melahirkan rasa yang cukup khuatir berikutan kebanyakan pelajar universiti kini lebih senang menerokai media baru sehingga terkurung dalam 'kawalan' media tersebut.

Kata beliau: "Ini amat berbahaya kepada mana-mana yang menjadi kerajaan. Ini kerana mereka ini (golongan muda) tidak banyak mengikuti buku. Kalau ditempatkan ke cerita asal atau cerita separuh betul, mereka pasti tidak akan dapat tumpukan kepada maklumat berfakta dan sains fiksyen."

Apa pun, Sahol Hamid berpendapat, pelajar Melayu harus mengubah budaya pemikiran mereka dengan lebih mengutamakan membaca sesuatu dari sudut fakta, sejarah dan kesusasteraan.

"Mempelajari sejarah dan geografi, ini semua proses mengembangkan minda. Dan kepada saya, media baru ini telah merosakkan minda kita semua," katanya.

Cuma, tidak perlulah seseorang dari Suaram 'bagai menyalak bukit' termasuk mendakwa dasar kemasukan UiTM kononnya sebagai hipokrit (kerana mendakwa UiTM adalah institusi awam yang dibiayai 100 peratus daripada wang pembayar cukai).

"Di seluruh dunia ada universiti untuk semua golongan. Ada AlI Woman University dan All Sunni University malahan All Black University pun ada. Adakah ini bermakna kita rasis. Mengapa UiTM, tidak UTAR menjadi topik Suaram ini?," kata Sahol Hamid mengakhiri sarapan setengah jam bersamanya itu.


Kepada orang Suaram, fikir-fikirkanlah bait-bait ayat dari Ayahanda kami Dato' Sahol itu. Sekurang-kurangnya beliau telah sama-sama berusaha untuk menyelmatkan & memajukan Melayu ini. Kepada UiTM, kekalkan dasar yang sedia ada & cuma perlu pertingkatkan kualiti supaya graduan yang lahir dari UiTM akan lebih berkaliber & berjaya, in sya Allah. 

UiTM Sentiasa Dihatiku...


Sunday, 2 June 2013

TAHNIAH: Majlis Perkahwinan Maisarah Marjuki & Akmal Hazuan Sulaiman

Alhamdulillah 1 Jun 2013, kawan sejak tadika dulu dah selamat bergelar isteri orang, Maisarah Marjuki. Gambar nikah ni aku curi dari Facebook suami kau Mai :D. 

Gambar dari official photographer yang juga sepupu aku. Ni dia yang bagi setelah aku mintak. Susah woo nak mintak sebenarnya sebab benda ni dah macam hakcipta terpelihara dia lah kan. So inilah geng-geng sekolah yang sanggup tunggu dari lepas zohor sampailah jam 4.30pm baru kitorang balik. Macam tu lah kami kalau kat wedding kawan-kawan. Sampai tetamu dah nak habis baru balik. Sudahnya, tak dapat nak salam dengan tuan rumah haha~




Ni nasib baik meja makan dengan air minuman jauh, kalau tak memang dah top up banyak kali :D. Macam ni la kalau dah lama tak jumpa, tu si Isnaina tu dah makin mantap aku tengok. Nak kawin dah :D

Sesi kat luar dah habis, masuk balik dalam rumah kacau tugas photographer. Maklumlah photographer pun kawan kitorang jugak :D . Oi Lan, tingginyer ko haha.



Dengan berbekalkan kamera digital sendiri yang senang nak masuk poket seluar, inilah hasilnya. Yang pentingnya, saat-saat indah macam ni dapat diabadikan dalam bentuk gambar tapi kalau nak lebih manis, mintak gambar dari photographer~ :D haaaa

Mengata gambar sendiri depan pelamin HAHA~ mana ada photographer nak share macam ni dikala tengah sibuk bertugas, tak gitu kan :D

Dengan Lan lagi yang mana sepanjang perjalanan, asyik bercakap & aku tukang gelak jer :D hahaha. Seriusly kalau dari JB ke Perlis, aku rasa tak ngantuk kot~ :D

Aku rasa pelamin ni macam majlis yang dibuat kat hotel~ ringkas & eksklusif beb. Mungkin sebab penggunaan warna putih yang mendominasi pelamin ni kot~ *ayat.

Macam ni lah kerja photographer. Pengantin pun kena sporting, barulah gambar jadi best :D betul tak Faiz? -_-'

Dah yang korang ni kenapa? HAHA ~ ni tengah bungkus hadiah kat rumah aku ni. Hadiah Lann paling susah nak bungkus sebab besar. Hamboii besarnyerr~ ok tu jer nak kongsi dengan korang :D

SELAMAT PENGANTIN BARU MAISARAH & AKMAL
Semoga kekal sampai Syurga & semakin murah rezeki..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...