Friday, 20 September 2013

Salam Jumaat | Waktu-waktu Baik Untuk Berdoa

Assalamualaikum...
Di bawah ini secara ringkas adalah waktu-waktu baik untuk berdoa:

Waktu sahur/sepertiga malam terakhir

Ketika berbuka puasa

Ketika lailatul Qadar

Ketika azan berkumandang

Di antara azan dan iqamah

Ketika sujud dalam solat

Ketika sebelum salam dalam solat wajib

Di hari Jumaat

Ketika hujan turun

Hari Rabu antara Zuhur dan Asar

Ketika Hari arafah

Ketika perang berkecamuk

Ketika minum air zam zam

Sumber: al-uyeah.blogspot.com






Thursday, 19 September 2013

Sistem Tol; Dari Lebuhraya dibawa ke Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum...
Korang mesti dah tau mengenai sistem tol dalam majlis perkahwinan yang hanya ada di Johor kan? Ini dah jadi aktiviti biasa di dalam majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan di negeri Johor.

Maknanya lelaki yang nak berkahwin dengan anak dara dari negeri Johor, diorang kena hadapi sistem tol ni. Tak susah pun, ketua rombongan pengantin lelaki cuma perlu berikan sampul duit raya (pastikan ada isi) kepada mereka-mereka yang ada kat depan tu. Kalau ada 20 orang yang tahan korang, kena la bagi 20 sampul berisi duit tu. Waktu macam ni memang lorong tunai sahaja yang dibuka. Lorong Touch&Go dan SmartTAG memang tutup sebab ada masalah teknikal. Kalau korang bawak kad atau mesin SmartTAG tu pun takde guna, hahaha tetap kena bayar tunai :D




Ini gambar sekitar majlis perkahwinan anak saudara aku di Segamat, Johor. Pengantin lelaki dari Melaka. Melaka dengan Johor ni tak lari mana pun, hampir sama jer dan mungkin mereka dah sedia awal-awal dengan sistem tol ni. Gambar atas ni tol yang pertama, peliknya ni belum sampai depan halaman rumah ni, baru kat tengah jalan pun dah ada tol. Hebat betul orang felda nih :D

Kebiasaannya tol akan dibuat di (1) halaman rumah, (2) pintu masuk rumah, (3) Depan pelamin dan yang terakhir (4) Mak Andam. Itu kebiasaannya. Mak andam biasa dapat nilai tol yang paling besar dari yang lain-lain. HAHA ini hanyalah untuk suka-suka, tak perlu ambil serius okeh :D

Dah lepas dengan jayanya tol yang pertama, tol kedua menanti :D. Aku pernah dengar yang benda ni jadi kes di satu masa dulu, tak ingat tahun bila. Kalau tak silap pengantin lelaki dari Perak kot~ jadi isu tapi dah senyap dah. Mungkin mereka tidak diberitahu mengenai perkara ini. Jadi lepas ni sapa-sapa nak berkahwin dengan orang Johor terutamanya lelaki yang  kahwin dengan anak dara dari Johor, kena ambil kisah tentang ni, sediakanlah walaupun hanya RM1, tak kisah pun nilai tu~ Nak letak lagi banyak pun boleh.



Dah kena tutup dah pintu masuk ni. Lalu tepi tu? ermm tak boleh, pengantin dan rombongan kena lalu bawhap intu gerbang tu haha. 

Pengantin pun ada sekali, kali ni takde tol kat pelamin. 


Sesi rundingan, gelak tawa pun bermula. Tak perlu ambil secara serius, kita nak memeriahkan & merapatkan silaturrahim dengan kerabat saudara baharu kita ni. 

Tu diaa.. dah ready banyak rupanya, ini baru betul. Pengantin lelaki pun dah tak sabar ni jumpa bini dia, kitorang ni pun tak sabar nak dapat duit tol tu~



Dah dapat dah..masing-masing dah dapat.... dapat.. suka..suka..tapi....



Ek eleeee..... nape sikit jer? (jerit akak tu) *ini disebut dengan nada gurauan ye sambil pengapit tu terus mengagihkan duit tol tu kat yang lain-lain. 



Dah lepas dah tol akhirnya :D selamat pengantin baru, tu je nak cakap. Semoga korang yang dari luar Johor ni faham ye pasal sistem tol ni. Lepas ni jangan pegi marah-marah geng-geng yang tahan korang tu.


Tuesday, 17 September 2013

Selamat Pengantin Baru, Faa'izin & Asrul Hafiz













SITI NOOR FAA'IZIN BINTI ZAMARI & ASRUL HAFIZ BIN MOHAMAD SAID
14 September 2013M (SABTU) bersamaan 8 Zulkaedah 1434H
FELDA PALONG TIMUR 3, 85100 BATU ANAM SEGAMAT JOHOR

Assalamualaikum...
Hujung minggu semalam kami semua kerabat keluarga berada di Batu Anam, Segamat untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu sedara mak ayah aku/anak sedara aku (ni pangkat je la). Sampai jugak jodoh beliau nih~ alhamdulillah. Hari ni nak kongsi foto-foto sekitar majlis mereka. Cantik jugak gabungan warna maroon dengan pink nih~


Rombongan ketibaan pengantin lelaki diarak dengan kompang & bunga manggar tapi dihalang oleh perisai manusia; nak masuk kena tol dulu tapi boleh tahan jugak akak-akak/abang-abang ni, belum sampai pintu halaman rumah dah ada tol kat tengah jalan, dahsyat~

Bagi minum dulu, selamat datang katanya haha~ last-last kena tol jugak. 

Tol kedua~ Lagi ramai haha. Ni aku nak bagitau kepada semua lelaki yang nak kahwin dengan anak dara dari Johor, sediakanlah duit tol yang sebanyak-banyaknya walaupun hanya RM1, tapi kena buat dalam jumlah yang banyak sebab, korang tengoklah sendiri penuh tu tak boleh masuk HAHA~

Minum lagi, tak sempat nak buat air istimewa. Hanya Sunkis oren je yang sempat :D . Mak pengantin lelaki, cantik tudung makcik >_<

Nasib baik dah buat banyak, so selamatlah korang :D Sini takde SmartTAG atau Touch&Go tapi kalau ada pun mesih rosak, kena bayar tunai~ 

Dah..dah boleh masuk dah, dah boleh dapatkan bini kau :D Biasanya kalau di Johor, pengantin perempuan akan tunggu di pelamin bersama mak andam & di situlah tol paling besar~ Haaaa. Tapi ni pengantin perempuan kena sambut lelaki di luar rumah. Mungkin ada pengaruh dari Melaka/Negeri Sembilan kot.

Kontraktor kahwin dengan cikgu sekolah, semoga berbahagia sampai Syurga~



Datin JDT~ cantik tudung!

Suap pulut kuning~ 

Berkotak bagai, ni namanya berkat besar. Tau berkat tu apa? Berkat tu adalah buah tangan untuk tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan. Buah tangan ni biasanya terdiri daripada nasi beserta lauk kenduri, kuih dan juga telur (maksudnya telur ayam yang dah masak). Itu untuk tetamu biasa, kalau tetamu VVIP (saudara mara jauh/dekat, kawan pengantin atau rombongan pengantin) mereka akan dapat extra buah tangan. Ini ikut zaman sekarang punya buah tangan macam air kotak, cawan, kuih..orang kata goodie bag~ Semua ni terpulang kepada tuan rumah la ye heheh :D

Tetamu ramai, goodie bag tak cukup. Tambah lagi...

Memanfaatkan segala kudrat yang ada dengan penuh semangat. aku tertanya-tanya kenapa geng kompang ni semuanga golongan yang dah pencen/veteran? mana pemuda FELDA ni? masa rewang pun aku tengok tak ada anak muda yang baya-baya aku ni.

Sebahagian daripada kerabat keluarga sebelah bapak aku. Sempat snap sebelum diorang balik.

Mangga yang berbuah di dahan yang sudah tidak mempunyai daun. Agak magic!~ Kalau berbuah dari batang lagi magic. 


Monday, 16 September 2013

16 September 1963: Penubuhan MALAYSIA

Tarikh 16 September 1963 adalah tarikh yang kita semua pasti ingat di mana tertubuhnya sebuah negara MALAYSIA selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1057. Betapa susah & berliku-liku laluan para pemimpin negara yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan & menubuhkan sebuah negara yang merdeka & berdaulat!~ 

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada Julai 1963 satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan “Merdeka” sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad bin Mohammad Said.


Alhamdulillah, saya masih boleh bernafas di bumi Malaysia ini dan semoga segala keamanan & keindahan Malaysia terus berkekalan sampai bila-bila atat berkat usaha pemimpin-pemimpin terdahulu dalam menubuhkan sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hargailah mereka dan contohilah kepimpinan mereka supaya akan menjadi lebih baik. Semoga Malaysia sentiasa aman dan terus maju di bawah kepimpinan sekarang.

Walaupun ada beberapa kepincangan dalam konteks kepimpinan itu sendiri, marilah kita berdoa supaya semuanya akan pulih & semoga Malaysia akan terus dilimpahi dengan keberkatan & kemajuan yang sememangnya memberi manfaat kepada rakyatnya sendiri, in shaa Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...