Thursday, 19 September 2013

Sistem Tol; Dari Lebuhraya dibawa ke Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum...
Korang mesti dah tau mengenai sistem tol dalam majlis perkahwinan yang hanya ada di Johor kan? Ini dah jadi aktiviti biasa di dalam majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan di negeri Johor.

Maknanya lelaki yang nak berkahwin dengan anak dara dari negeri Johor, diorang kena hadapi sistem tol ni. Tak susah pun, ketua rombongan pengantin lelaki cuma perlu berikan sampul duit raya (pastikan ada isi) kepada mereka-mereka yang ada kat depan tu. Kalau ada 20 orang yang tahan korang, kena la bagi 20 sampul berisi duit tu. Waktu macam ni memang lorong tunai sahaja yang dibuka. Lorong Touch&Go dan SmartTAG memang tutup sebab ada masalah teknikal. Kalau korang bawak kad atau mesin SmartTAG tu pun takde guna, hahaha tetap kena bayar tunai :D




Ini gambar sekitar majlis perkahwinan anak saudara aku di Segamat, Johor. Pengantin lelaki dari Melaka. Melaka dengan Johor ni tak lari mana pun, hampir sama jer dan mungkin mereka dah sedia awal-awal dengan sistem tol ni. Gambar atas ni tol yang pertama, peliknya ni belum sampai depan halaman rumah ni, baru kat tengah jalan pun dah ada tol. Hebat betul orang felda nih :D

Kebiasaannya tol akan dibuat di (1) halaman rumah, (2) pintu masuk rumah, (3) Depan pelamin dan yang terakhir (4) Mak Andam. Itu kebiasaannya. Mak andam biasa dapat nilai tol yang paling besar dari yang lain-lain. HAHA ini hanyalah untuk suka-suka, tak perlu ambil serius okeh :D

Dah lepas dengan jayanya tol yang pertama, tol kedua menanti :D. Aku pernah dengar yang benda ni jadi kes di satu masa dulu, tak ingat tahun bila. Kalau tak silap pengantin lelaki dari Perak kot~ jadi isu tapi dah senyap dah. Mungkin mereka tidak diberitahu mengenai perkara ini. Jadi lepas ni sapa-sapa nak berkahwin dengan orang Johor terutamanya lelaki yang  kahwin dengan anak dara dari Johor, kena ambil kisah tentang ni, sediakanlah walaupun hanya RM1, tak kisah pun nilai tu~ Nak letak lagi banyak pun boleh.



Dah kena tutup dah pintu masuk ni. Lalu tepi tu? ermm tak boleh, pengantin dan rombongan kena lalu bawhap intu gerbang tu haha. 

Pengantin pun ada sekali, kali ni takde tol kat pelamin. 


Sesi rundingan, gelak tawa pun bermula. Tak perlu ambil secara serius, kita nak memeriahkan & merapatkan silaturrahim dengan kerabat saudara baharu kita ni. 

Tu diaa.. dah ready banyak rupanya, ini baru betul. Pengantin lelaki pun dah tak sabar ni jumpa bini dia, kitorang ni pun tak sabar nak dapat duit tol tu~



Dah dapat dah..masing-masing dah dapat.... dapat.. suka..suka..tapi....



Ek eleeee..... nape sikit jer? (jerit akak tu) *ini disebut dengan nada gurauan ye sambil pengapit tu terus mengagihkan duit tol tu kat yang lain-lain. 



Dah lepas dah tol akhirnya :D selamat pengantin baru, tu je nak cakap. Semoga korang yang dari luar Johor ni faham ye pasal sistem tol ni. Lepas ni jangan pegi marah-marah geng-geng yang tahan korang tu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...